Semasa kami balik kampong yang lepas, adik-adik saya Azman dan Azmee pagi-pagi lagi telah memborong durian kampong yang hampir kesemuanya baru sahaja gugur. Kebun durian ini dipercayai dari sebuah kebun di Kampong gapis tidak jauh dari sini.
Harga kesemua buah durian ini tidak sampai RM50.00 bagi 48 biji durian besar, kecil dan ada juga yang dimakan oleh tupai.
Tetapi yang bagusnya hampir semua buah ini adalah buah baru dan apabila dibuka kelihatan buahnya yang cantik dan segar.... Di KL memang sukar untuk menjumpai buah durian yang baru...
Ini adalah buah durian isinya berwarna putih... rasanya lemak dan kurang manis. Tetapi terdapat juga iai buah yang keras lagi....
Buah durian kampong ulasnya kecil-kecil tidak seperti buah durian kahwin di mana isinya besar.....
Terdapat beberapa buah durain yang baru gugur jadi untuk membukanya memang sangat susah... 2 hero kami bersusah payah sehingga ada yang terluka untuk memudahkan saudara-saudara yang lain memakan durian.
Apa agaknya yang mengelikan hati Azmee melihat gelagat Azman dengan durian...
Makan durian sehingga terjatuh... eish eish...
Seorang ni memang rajin betul sedangkan yang lain rajim melihat dan makan sahaja... Terima kasihlah zman dan zmee usaha membeli dan membuka durian.
Masih banyak lagi... setakat manalah kita boleh makan durian kerana sifatnya yang panas.
No comments:
Post a Comment