01 February 2013

Reunion K10 Di Majlis Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi


Hari Jumaat yang lepas, pada 25 Januari 2013, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (DZH) telah mengadakan resepsi yang kedua untuk perkahwinan anak lelakinya Ahmad Hazieq dengan pasangannya Nurul Nadia. Majlis di adakan di Seroja Kementerian Pertahanan (MinDef).

Inilah peluang sekali lagi untuk group kami K10 berjumpa. Malangnya malam itu tidak ramai members of K10 yang hadir. Antara yang hadir Dr Hasan, Dr Rahman, Dr Kathy, Fila, Ariah dan saya. Foto atas dari kanan Kathy, kakak Kathy dan Ariah.

Antara members K10 yang belum menamatkan pengajian hingga PhD adalah Aziz, saya, Fila, Ariah dan Aziana, manakala Muiz sedang bersusah payah menyiapkan thesisnya kot. Yang kelihatan dalam foto atas dari kanan saya, Hasan, Fila, dan Khaty.

Saya sememangnya amat teruja untuk bertemu mereka kerana kalau tidak silap saya hampir 10 tahun kami tidak bertemu... Hasan berjanji untuk uruskan untuk pertemuan selanjutnya selepas ini mungkin selepas Mac 2013, tetapi janganlah pada 6 hingga 26 Mac 2013 sebab saya mungkin bercuti.

Fila da Ariah bila kita nak mula mendaftarkan diri di UUM untuk PhD kita ni. Supervisior dah ada....

Selepas hampir 10 tahun tidak bertemu..

Yang sebelah saya tu adalah Rahman, orang kuat DZH


Ada sesuatu yang semestinya mengelikan hati Kathy...

Saya dan members lain K10 harap sangat agar Khaty dapat menetap di tanah air ini....

No comments: