27 February 2013

Menutup Aurat Itu Wajib

Cerita mengenai aurat dalam Islam adalah ditujukan kepada wanita Islam, kerana dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat maka seseorang wanita itu mudah dikenali dan lebih dihormati. Saya teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi yang bermaksud "perempuan itu adalah aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia". Wah jika begitu bagaimana wanita Islam zaman ini melakukan aktiviti mereka terutamanya aktiviti yang wajib dilaksanakan seperti mencari rezeki dan sebagainya. Adakah hadis ini menyekat pergerakan wanita Islam?.

Sudah tentu tidak!!! sekiranya wanita itu memelihara auratnya dengan sempurna maka dia menyekat daripada syaitan mendongak semasa dia keluar rumah. Syaitan akan mendongak apabila keadaan seorang wanita yang keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat. Disebabkan aurat tidak dijaga dengan sempurna itulah penyebabnya wanita dikejami dengan pelbagai perlakuan seperti dicabuli, dirogol dan akhirnya dibunuh. Jika pun wanita terselamat dari perlakuan yang saya nyatakan di atas ada musibah lain yang tidak terjangkau oleh pengetahuan kita sebagai manusia apabila semasa wanita berada di luar rumah  berlakunya kemalangan atau apa sahaja yang menyebabkan kematian, maka kematian wanita itu berlaku semasa dia berada di dalam keadaan menderhaka kepada Allah.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah menunjukkan kepada Rasulallah saw pelbagai seksaan yang dikenakan kepada wanita, semua ini adalah sebagai amaran dan pengajaran. Malahan seksaan itu bukan sahaja diterima oleh wanita berkenaan tetapi juga oleh suami atau bapa mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim).

Apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini? kita dapati ramai wanita yang menutup aurat tetapi masih tidak menjaga perlakuan dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di Malaysia kini seperti satu fenomena di mana kebanyakan wanita Islam mengenakan tudung dan kelihatan seperti fesyen sahaja tanpa mengetahui sebab memakainya. Silap-silap hari bulan mereka boleh digolongkan sebagai manusia yang mempersenda-sendakan syariat Allah. Bagi wanita yang ikhlas, dan benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas. Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.

Walallahualam.....

No comments: