Pada hari pertama di kampong, keesokkan paginya kami mengunjungi pusara ayah... Bacaan yasin dipimpin oleh adik saya Azman dengan diikuti oleh emak, Haji Azmee, Ainee dan saya.
Mengatur langkah di taman barzah
Biasanya selepas membaca surah Yasin, di mana pahalanya untuk disedekahkan khususnya untuk ayah dan amnya untuk muslimin mulimat, kami mengemas pusara ayah agar ianya sentiasa nampak lebih kemas dan bersih.
Emak, Azmee, Ainee dan saya....
Pada hari berikutnya...... Bacaan Yasin yang diketuai oleh adik saya Haji Adnan, kelihatan sama adik saya Azman.
Selesai membaca surah Yasin dan kini adik-adik saya yang lain melawat ke kubur-kubur lain yang pernah kami kenali. Rupanya ramai orang-orang tua kampong ini yang telah kembali bertemu Allah.... dan kami bilakah lagi?????
No comments:
Post a Comment