Saya dan Nina bergambar bersama dengan emak pengantin perempuan Chief Zarina (di tengah) untuk kenang-kenangan di pintu masuk khemah jamuan.
Saya berpakat dengan rakan sepejabat saya, iaitu Nina untuk pergi bersama-sama ke rumah kenduri Chief Zarina, Mantan Ketua Kerani kami. Saya mengambil Nina di rumah dan terus ke rumah Chief Zarina di Taman Seri Delima. Jarak dari rumah Nina tidak berapa jauh, tetapi saya memang tidak biasa dan pandai dengan laluan di kawasan tersebut.
Cantik... mereka menggunakan thema warna hijau turquoise dari khemah hingga ke pakaian semuanya nampak sedondong.
Hidangan yang disediakan adalah nasi minyak (lama betul saya tak makan nasi minyak), rendang daging, ayam masak merah, dalca dan yang istimewanya acar buah.
Nina bersama dengan seorang rakan.
1 comment:
Tremendous issues here. I'm very happy to peer your article. Thanks so much and I'm having a look ahead
to contact you. Will you kindly drop me a e-mail?
My web site :: tempo
Post a Comment