31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke56


Tahniah saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana berjaya menjaga keharmonian negara ini, walaupun telah dicemarkan oleh beberapa insiden yang menganggu gugat ketenteraman rakyat. Sebagai rakyat kita patut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan agensi-agensinya dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam aman bahagia.

Secara peribadi saya sangat suka dengan slogan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Walaupun secara fizikalnya darah saya tidak tumpah di negara ini semasa di lahirkan (kerana saya dilahirkan di Singapura) tetapi saya masih dapat berbangga menjadi rakyat negara ini. Bagaimana anda adakah anda juga merasakan kebanggaan itu seperti saya. Dan sekiranya tidak suka selam dalam hati dan bacalah sejarah negara untuk mencari puncanya ketidakbanggaan itu. Semoga anda dapat mencarinya......

30 August 2013

17 FAKTOR ULAMA ISLAM MENGKAFIRKAN KAUM SYI'AH

Kitab Yang Sesat
Dulu memangnya saya sendiri tidak memahami akan bahayanya ajaran Syiah, dulu saya ingat bahawa Syiah ini adalah salah satu cabang dalam agama Islam seperti mana mazhab. Rupanya anggapan saya sama sekali tidak benar dan salah belaka. Syiah tidak sepatutnya digolongkan dalam jalur Islam, kerana ajaran meeka sudah jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang suci ini.

Terdapat 17 doktrin dalam kitab yang dianggap suci oleh kaum Syi'ah yang menjadi sebab mengapa syiah adalah kafir:

1.   Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syiah. "Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki. (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Doktrin ini sangat bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Al-Quran Surah Al-A'raf 7: 128 - "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia mengurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki".

Kepercayaan Syiah di atas menunjukkan persamaan kekuasaan para imam Syiah dengan Allah swt dan doktrin ini merupakan aqidah syirik. Nauzubillah

2.   Saidina Ali bin Abi Thalib ra yang dituntut sebagai imam Syiah yang pertama dinyatakan sebagai zat yang pertama dan terakhir, yang lahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kash hal. 138).

Doktrin menunjukkan dengan jelas akan kekafiran Syiah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib ra. melalui doktrin ini, Syiah meletakkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya. Ini juga adalah aqidah syirik - nauzubillah.

3.   Para imam Syiah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah. (Ushulul Kaafi, hal. 83).

Syiah menggunakan ahli kerabat Rasulallah saw dan menjadikan mereka iman 12, fitnah ini adalah melampau sama sekali. Hanya umat yang sesat sahaja yang tertipu. Nauzubillah.

4.   Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib yang dituntut oleh Syiah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan syurga dan neraka seseorang, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib. (Ushulul Kaafi, hal. 84).

Nauzullah jelasnya syiah sesat dan kafir.

5.   Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga. (Ushulul Kaafi, hal. 278).

Sesat dan kafir.

6.   Para imam Syiah mengetahui bila datangnya ajal seseorang dan mereka sendiri yang menentukan saat kematian manusia kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam. (Ushulul Kaafi, hal. 158).

Nauzubillah himinzalik jelas sesat dan kafir.

7.   Para imam Syiah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

Mereka menyamakan iman Syiah dengan Allah - Nauzubillah himinzalik jelas sesat dan kafir.

8.   Allah itu bersifat bada' yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syiah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi. (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadis Syiah), Bahwa Allah tidak mengetahui bahwa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syiah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syiah Allah bersifat bada'. (Ushulul Kaafi, hal. 232).

Mereka memang sesat. Antara sifat 20 Allah yang wajib umat Islam ketahui - Allah itu qidam iaitu sedia tidak bersifat baru. Syiah kafir. Nauzubillah.

9.   Para imam Syiah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah.

Astagfirulallah Syiah kafir. Nauzubillah.

10.  Para imam Syiah bersifat Ma'sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syiah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi. (Ushulul Kaafi, hal. 165).

Rasulallah adalah maksum. Syiah kafir. Nauzubillah.

11.   Para imam Syiah sama dengan Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam.

Yang dimaksud para imam Syiah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109).

Walaupun semua imam yang dimaksudkan adalah menantu, cucu dan cicit Rasulallah saw, mereka tetap tidak akan sama dengan Rasulallah saw dalam apa sahaja aspek. Syiar kafir lagi menyesatkan. Nauzubillah.

12.   Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah. (Ushulul Kaafi, hal. 670).

Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur'an An-Nisa': 47, menurut versi Syiah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan".(Fashlul Khitab, hal. 180).

Ayat sebenar dalam Al Quran adalah "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa musaddiqallimaa maaqumm min qibli annas misa.........."

13.   Menurut Syiah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad saw ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

Syiah kafir kerana menganggap bahawa Al-Quran boleh berkurangan. Nauzubillah.

14.   Mereka Menyatakan bahwa Saidina Abu Bakar ra, Umar ra, Utsman bin Affan ra, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah. (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi)..

Astagfirullah Syiah memang kafir. Rasulallah saw sendiri menyampaikan akan jaminan syurga oleh Allah swt bagi khalifah-khalifah di atas.

15.   Menghalalkan nikah Mut'ah, bahkan menurut doktrin Syiah orang yang melakukan kawin mut'ah 4 kali derajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad shallallaahu'alaihi wa sallam. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

Astagfirullah halazim memang Syiah kafir. Rasulallah saw telah menyampaikan kepada umatnya bahawa Allah telah mengharamkan nikah mutaah. Mengapa Syiah memutarbelitkan hukum Allah itu.

16.   Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku."(Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).

Syiah sangat menakutkan. Adakah semua anak-anak perempuan Syiah diperlakukan seperti pelacur. Memang menakutkan.

17.   Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada di dekat kubur Rasulullah saw. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib. (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Astagfirullah halazim Syiah memang kafir dan mereka tidak sepatutnya dikatakan dari cabang agama Islam. Bagaimana mereka boleh terlalu jauh dari ajaran Islam, inikah yang dikatakan belajar tanpa berguru yang shahih, akhirnya iblis dan syaitan menjadi gurunya.

Nauzubillah himinzaliq, Ya Allah Engkau kuatkahlah iman aku dan generasi serta umat Islam dan matikan kami dalam Islam.

29 August 2013

5 Waktu atau Azab Allah swt

Ini bukan ular yang dimaksudkan
Kisah di bawah ini adalah sebagai panduan untuk kita dalam melayari kehidupan kita sebelum kita bertemu dengan alam kubur nanti. Setiap yang hidup itu pasti akan mati.

Di zaman pemerintahan Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:”

1.   Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2.   Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.   Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia:
1)   Allah mengurangkan berkat umurnya
2)   Allah memanyahkan rezekinya
3)   Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4)   Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5)   Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6)   Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut:
1)   Mati dalam keadaan amat dahaga
2)   Mati dalam keadaan lapar
3)   Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur:
1)   Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2)   Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3)   Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa di Padang Mahsyar:
1)   Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2)   Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3)   Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
4)   Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang ke dalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh - Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60,000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor - Sekali meninggalkannya, dosanya seperti membunuh 1,000 umat Islam

Dosa meninggalkan solat asar - Sekali meninggalkannya, seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib - Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak - Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada di bumi dan langit.

28 August 2013

Ketua Negara Termiskin Di Dunia

Kenalkah anda dengan lelaki tua di sebelah ini? Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyat Uruguay. Jose Mujica digelar 'Presiden termiskin dunia', disebabkan sifat pemurahnya yang sanggup mendermakan 90% daripada gaji bulanannya kepada rakyat miskin.

Setiap bulan, pemimpin mesra rakyat ini hanya membelanjakan AS$1,250 (RM3,877.50) sahaja. Sekali pandang, beliau kelihatan seperti warga emas yang hidup bersama isteri di dalam sebuah rumah yang telah usang dan memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berharga AS$1,945 (RM6,023) sahaja.

Namun, siapa sangka lelaki beruban dan hanya berpakaian biasa ini adalah Presiden Uruguay yang amat disayangi rakyatnya. Jose Alberto Mujica Cordano atau Jose Mujica, 78 tahun, adalah ahli politik Uruguay dan Presiden negara itu sejak 2010 sehingga ke hari ini.

Pengamal vegetarian ini digambarkan sebagai 'Presiden termiskin dunia', apabila menyumbangkan 90% daripada gaji bulanannya untuk dimanfaatkan kepada orang-orang miskin serta pengusaha kecil. Mujica dilahirkan pada 20 Mei 1935.

Bapanya Demetrio Mujica adalah lelaki berbangsa Sepanyol dan ibunya bernama Lucy Cordano berketurunan Itali. Keluarga ibunya adalah pendatang miskin dari Piemonte, Itali. Sementara bapanya pula lahir daripada keluarga petani kecil-kecilan yang kemudian diisytiharkan muflis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1940 iaitu sewaktu Mujica berumur 5 tahun.

Sewaktu meningkat remaja, Mujica melibatkan diri dalam sukan berbasikal di bawah naungan beberapa persatuan. Ketika zaman mudanya pula, Mujica aktif dengan pergerakan Parti Nasional sekali gus menjadi pemangkin kepada keakrabannya dengan ahli politik terkenal, Enrique Erro.

Mujica bagaimanapun bertemu jodoh tatkala melewati usia 70-an iaitu pada 2005. Beliau menamatkan zaman bujang bersama Lucia Topolansky yang merupakan ahli setia Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Tupamaro (MLN-T) dan berstatus Senator Uruguay.

Mujica dan isterinya masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka menetap di kawasan ladang di pinggir bandar Montevideo dan menjalankan aktiviti menanam bunga chrysanthemum sebagai cabang ekonomi sekeluarga. Menariknya, Lucia tidak mengeluh dengan keputusan suaminya untuk meneruskan kehidupan seperti rakyat miskin tanpa kemewahan duniawi. "Beliau enggan tinggal di dalam istana Presiden yang mewah atau menggunakan orang gaji," kata Lucia.

Bekas pemimpin gerila

Pengalaman di masa lalu merupakan petanda mengapa Mujica memilih untuk hidup seperti rakyat biasa. Beliau yang juga bekas pemimpin gerila berhaluan kiri, MLN-T, mengguna pakai strategi yang diakui agak kejam buat dirinya demi membantu rakyat miskin. Sebelum dilantik sebagai Presiden, Mujica begitu aktif dengan pergerakan MLN-T dan pernah dihukum penjara selama 14 tahun pada 1972. Namun, masih ada beberapa pihak yang panas punggung apabila Mujica dilantik menerajui negara dengan alasan 'beliau tidak layak digelar Presiden'. Tidak mengalah dengan kritikan, Mujica yang dilabelkan sebagai individu berpengetahuan luas amat disukai rakyat kerana memiliki sifat kepimpinan melalui teladan. Aktivis kemanusiaan antarabangsa melaporkan, corak kepimpinan Mujica amat telus di mana beliau mengimplementasikan kehidupan sederhananya yang sangat mudah. "Beliau menunjukkan contoh terbaik dengan meneruskan kehidupan mudah dan berbakti dengan alam tanpa mewujudkan jurang darjat dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara," katanya.

Gaji Mujica perkapita- AS$150,000 (RM465,300) setahun.- 90 peratus diserahkan kepada penduduk.- Guna AS$15,000 (RM46,530) setahun.

Bandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang lain, sememangnya tidak akan ada lagi manusia seperti Presiden ini, bagaimana pula dengan pemimpin negara kita? lihat rumah mereka, lihat isteri mereka, lihat anak-anak mereka yang hidup dalam kemewahan yang melampau sedangkan rakyatnya masih ramai yang miskin dan dinafikan hak mereka. Kira sahaja aset orang melayu dan bumiputera yang semakin hari semakin menipis - pada saya inilah melambangkan pemimpin yang menambah kekayaan dan kekuasaan. Sedihnya.....

26 August 2013

Kecurian Kenderaan: Kecuaiaan Membawa Padah.

Pada pandangan anda berapa seriuskah anda memandang kes kecurian kereta yang terdapat di negara kita? Mungkin pernah berlaku pada anda atau rakan-rakan anda. Kalau kereta tak dicuri mungkin aksesori pula yang dicuri. Memang rasa bengang kalau kehilangan sesuatu yang kita telah laburkan. Kita yang rugi dan menguntungkan pencuri.

Bukan susah untuk mencuri sebuah kereta. Kereta di Malaysia memang banyak dicuri dan banyak dijual ke Timur Tengah. Ada laporan berita terkini di mana kereta Malaysia yang dicuri telah berada di negara haram Israel. Jadi pembaca perlu sedar kecurian kereta di Malaysia adalah di tahap yang serius. Tak kira kereta murah atau mahal, tetapi tetap menjadi tumpuan sindiket curi kereta.

Alat sekuriti kereta seperti sistem penggera atau pengesan banyak dijual di pasaran. Mungkin anda terfikir, nak beli alat sekuriti kereta tapi mahal? Nak beli alat sekuriti kereta tapi sebab pencuri kereta lagi pandai nak mencuri?

Memang ada produk yang mahal dan terpaksa pengguna membuat bayaran bulanan, tetapi alat sekuriti keluaran Focus Guard berharga 2 kali lebih murah dari pasaran dan tanpa bayaran bulanan. Focus Guard menyediakan produk GPS Pengesan Kenderaan berasaskan Internet secara real-time untuk tujuan pengesanan dan keselamatan pemandu. Tahap sekuriti yang lengkap dengan sistem Alert yang lebih kompleks, malah boleh mengingatkan pemandu sekiranya melebihi halaju, mendengar perbualan pemandu dan SOS button yang ditekan ketika kecemasan. Segala penyelenggaraan pula dikawal oleh base engineer di Singapura 24/7. (rekemen wa sahaja pasal dah terbukti keberkesanannya terhadap kereta tiara wa)

Berhati-hati bila membeli alat keselamatan kereta. Masih ada kereta yang hilang walaupun dipasang alat keselamatan yang berharga hampir RM1600-RM2000 disebabkan tiada sistem pengesan untuk mengesan kedudukan kenderaan. Hanya bergantung kepada sistem melumpuhkan enjin (cut off) dan alarm tidak mencukupi untuk keperluan sekuriti kereta. Status kereta melalui sistem tracking Focus Guard boleh diketahui melalui online, aplikasi Android dan SMS.

P/S : di pasaran kini banyak produk security alarm system dijual, namun harus diingat pilih lah yang terbaik. Kalau ada kunci lock stering dan tombol gear tu.. lock lah jangan tak lock.. kalau tayar kereta lu orang ada solex kunci la guna solex kalau boleh. Jangan putih mata kalau kereta anda tinggal bekas tapak tayar. 

Pesanan ikhlas dari Mat Kacau.

Web Focus Guard: http://www.focusguard.my

Bersama Anak Dara Kami

Saya dan Ain bergambar bersama dengan anak-anak saudara kami. Dah besar mereka semua, rasanya macam baru semalam saja mereka dilahirkan. 4 anak dara keluarga ini adalah Adila dan Afifa anak kepada Azman dan Aziah. Adlina dan Adriana pula adalah anak kepada Azmee dan Roza.

Keluarga saya ramai anak lelaki jadi nanti kami bakal menerima menantu perempuan yang ramai. Entah bila agaknya kerana kesemua mereka masih lagi belajar.

25 August 2013

Beli Handphone Abang

Seperti juga raya Aidilfitri tahun lepas, raya tahun ini saya terpaksa membelikan Abang (Adi Nur Rasyid) sebuah handphone (hp) yang baru kerana hp yang saya belikan pada raya tahun lepas kekurangan memory... semasa beli tahun lepas kami pun tidak perasan akan memory phone tersebut (Sony Ericsson) harga hp tersebut adalah RM800 lebih. Apabila ditanya untuk ditolak, kedai hanya nak ambil RM200 sahaja... rugi betul . . . 

Saya cadangkan Abang untuk membeli hp jenama Samsung kerana menawarkan memory yang tinggi, dengan persetujuan Abang saya belikan dia hp Samsung S3 dengan memory 16G berbanding hp Sony Erisson hanya 460M sahaja. Saya terpaksa belikan juga Abang hp kerana bulan September ini dia akan mendaftar ke UiTM untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Komunikasi. Dan penggunaan hp adalah sangat penting bagi pelajar komunikasi. Saya berharap agar Abang dapat menyambung hasrat saya untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD kerana saya hanya mampu sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) sahaja. Setakat ini nampaknya dia sahaja yang bakal menyambung legasi saya.

Abang dengan mamanya sedang meneliti perolehan di peringkat akhir oleh tokey kedai. Oh ya... Abang bernasib baik kerana secara kebetulan hp (Celcom) saya juga telah rosak dan saya sudah menyimpan hasrat untuk membeli hp baru. Nasib baik tidak beli, jika tidak Abang terpaksalah menunggu 6 bulan lagi untuk mendapatkan hp baru. Dan kini saya menggunakan hp lama Abang tu bolehlah tu . . . 

24 August 2013

Lawatan Ke Yayasan Al-Jenderami

Ini adalah papan tanda Yayasan Al-Jenderami. Saya, emak dan Ain ke sini untuk melihat yayasan ini. Ini adalah kerana emak berhasrat untuk mempelajari ilmu agama. Melalu jiran di Felda Bukit Senggeh (FBS) yang pernah mengaji di sini memaklumkan bahawa yayasan ini sangat bagus dan selesa.

Setelah tiba memang benar bahawa yayasan ini sangat menarik, selesa dan selamat. Premis-premis yang disediakan juga nampak menarik dan selesa. Ini adalah ruang legar yang akan dijadkan ruang makan.

Di hujung tu kelihatan masjid yayasan... masjid yang luas dan selesa dengan dilengkapi oleh alat hawa dingin. Kebanyakan pengajian/ aktiviti akan juga di adakan di sini.

Cantik dan bersih kawasan masjid.

Di sebelah kanan adalah pintu masuk ke hotel yayasan dan di sebelah kiri adalah blok pentadbiran dan bilik kuliah di sebelah bawah, manakala di sebelah atas adalah asrama anak-anak yatim. Pokok-pokok kurma yang ditanam meningatkan saya kepada Kota Madinah Munawarah.

Blok pentadbiran dan Asrama Anak Yatim.

Hotel Yayasan. Hotel ini dibina 2 tingkat dan hanya untuk warga emas wanita sahaja.

Pejabat Urusan

Permandangan dari Blok Pentadbiran menganjur ke pintu masuk yayasan.

Rumah ala home-stay yang disediakan oleh yayasan selain daripada bilik-bilik hotel. Emak boleh menyewa home-stay ini sekiranya emak diterima mengaji jangka panjang. Insyallah.

Hme-stay yang bersih dan menarik. Bilik rumah ini ada yang didiami oleh seorang dan 2 orang warga emas. Emak saya tertarik dengan rumah ini, namun kami mencadangkan supaya emak duduk di hotel dulu untuk menimba pengalaman dengan warga yang lain. 

23 August 2013

Berkebun di Pusara Ayah

Selepas semua adik-adik saya balik ke destinasi masing-masing, saya, emak, Ain dan abang ke pusara ayah untuk berkebun dan membersihkan kawasan pusara. Ain sedang menggunting rumput di kaki pusara.

Saya dan emak membersihkan kawasan pokok bunga merah yang ditanam oleh Ain. Alhamdulillah pokok puding merah membesar dengan baik kerana semasa bulan Ramadan Felda menerima hujan beberapa hari ditambah dengan hujan yang turun pada malam raya ke 3.

22 August 2013

Oky Beraya Dengan Kami

Tahun ini adalah tahun pertama Oky beraya dengan kami sekeluarga. Pada mulanya Oky sangat takut kepada semua ahli keluarga saya melainkan Shima sebab Shima yang memberi dia makan semasa dia menjadi stray cat di Kota Tinggi. Lama kelamaan Oky mesra dengan Amir Ain mungkin kerana Amir selalu kendong dia. Oky pernah mencari Amir sehingga ke bilik, itu menandakan Oky sudah mengenali individu.

Kalau ikutkan jenis kucing ini, dia tidak terlalu takut pada manusia, sebaliknya Oky akan menyorok di bawah katil, meja dan kerusi apabila ada orang yang datang ke rumah kami. Tahun ini Oky kenyang makan daging, setiap kali orang menyiang daging Oky akan dapat habuannya.

Kenapa muka kucing jenis ini serius dan tidak mesra?

Pidato Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna rahimahullah seolah-olah melihat situasi seperti sekarang ini, atau menjangkakannya, lalu memberikan “pidato” seperti berikut :

*   Kejahilan umat tentang hakikat ajaran Islam akan menjadi halangan di jalan kalian.

*   Kalian akan medapati sebahagian ahli agama dan ulama 'sah' merasa asing dengan kefahaman kalian terhadap Islam serta mengabaikan jihad kalian dalam memperjuangkan kefahaman tersebut.

*   Pihak berkuasa, pemimpin dan orang-orang yang memiliki pengaruh serta kekuasaan akan dengki dengan kalian.

*   Seluruh pemerintahan (rejim) secara bersama-sama menentang kalian.

*   Pemerintahan (rejim) masing-masing akan berusaha menyekat aktiviti kalian dan meletakkan pelbagai halangan di sepanjang jalan kalian.

*   Tangan para perampas tidak akan menghentikan usaha dengan segala cara untuk menghentikan kalian dan memadamkan cahaya dakwah kalian.

*   Dalam mewujudkan usaha mereka, para perampas hak itu akan menggunakan pemerintahan (rejim) yang lemah dan berakhlak lemah.

*   Juga menggunakan tangan-tangan yang selalu menadah (mengemis) kepada mereka, sementara terhadap kalian, tangan-tangan itu membuat kejahatan dan memusuhi kalian.

*   Mereka semua akan melemparkan debu-debu syubhat (keraguan) dan pelbagai tuduhan keji terhadap dakwah kalian.

*   Mereka akan berusaha mengaitkan setiap kekurangan dengan dakwah kalian dan mempamerkannya kepada masyarakat dengan seburuk-buruk gambaran.

*   Semua ini mereka lakukan dengan menggunakan kekuatan dan kekuasaan mereka. Juga menggunakan harta (kekayaan), pengaruh (lobi) dan media mereka.

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut-mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak mengkehendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai," Surah At-Taubah, ayat 32.

Dengan demikian, tidak diragukan lagi, kalian akan memasuki era tajribah (eksperiman, percubaan) dan imtihan (tribulasi/ ujian).

Kalian akan :
1) Dipenjara
2) Dibunuh
3) Ditahan
4) Diusir
5) Harta kekayaan kalian dirampas
6) Kerja-kerja kalian ditiadakan
7) Rumah-rumah kalian akan digeledah serta diawasi

Boleh jadi masa tribulasi ini akan berlangsung lama.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (sahaja) mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi?" [Al Ankabut : 2].

Surah As Soff, ayat 10-14 :

[10] "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?

[11] (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

[12] nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.

[13] Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

[14] Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?' Pengikut-pengikut yang setia itu berkata, 'Kamilah penolong-penolong agama Allah,' lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir, maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."

Apakah kalian masih berkeras hati untuk menjadi penolong-penolong (agama) Allah?

[Risalah Bainal Amsi Wal Yaum, halaman 143]

Rujukan :
1. http://www.egyptwindow.net/news_Details.aspx?Kind=1&News_ID=33286
2. Syarah Risalah Ta’alim, hal. 469 – 472.

Sumber : EgyptWindow

Tetamu di Pagi Syawal

Awal pagi syawal selepas acara bersalaman dan mohon kemaafan di kalangan keluarga, kami dikujungi oleh tetamu yang pada setiap hari raya akan menjadi tetamu yang paling awal. Mereka adalah anak-anak abang Senin dengan Kak Jah, kalau tidak silap Hasrin (Rin) dan adik-adiknya bersama dengan keluarga masing-masing. Abang senin dan Kak Jah adalah jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah kami, ditambah pula mereka adalah bersaudara dengan kelaurga saya.

 Saya mengucapakan Selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas kesudian dan melapangkan masa untuk menziarahi kami.

Memandangkn kami juga belum bersarapan jadi kami makan bersama dengan tetamu kami, kerana ramai rasanya lebih selesa apabila makan bersila di atas lantai.

21 August 2013

Paderi tertinggi Kristian Katholik memeluk Islam!

Ini adalah kata-kata Paderi tertinggi Kristian Khatholik terhadap Islam "Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasulluallah

PAUS Yohanes II, atau lebih mesra dipanggil sebagai Sri Paus, seorang pimpinan umat katholik dunia dan bertanggungjawab memberikan pidato rasmi dari Vatican kepada dunia mengenai penderian rasminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestin di Timur Tengah.

Namun apa yang dikatakannya di depan ribuan umat katholik kemudian daripada itu, ternyata benar-benar menjadikan peristiwa itu sangat mengejutkan. Bahkan boleh dikatakan ianya sebagai "berita hangat abad ini". Pada jam 5.00 petang waktu tempatan, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dia adalah seorang penganut agama Islam.

Bayangkan betapa terkejutnya mereka di mana seramai 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, telah dibawa ke hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Daripada 16 orang itu hanya 5 nyawa sahaja yang dapat diselamatkan. Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengar.

Beberapa pimpinan Vatican nampak seperti tidak terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik di hadapan Sri Paus merasa hairan dan tertanya-tanya apakah benda yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatican itu.

Rupa-rupanya mereka sedang memegang tasbih, sambil mulut mereka dilihat seperti sedang membacakan sesuatu ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatican semuanya sudah tahu bahawa semenjak beberapa bulan terakhir ini, Sri Paus sudah mulai melakukan solat dan puasa secara Islam. Dan itu juga yang dilakukan oleh mereka semuanya.

Di bawah ini adalah pidato lengkap Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya):

"Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga, yang mana menurut saya, semakin saya cuba metutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya adalah seorang pemeluk agama Katholik yang ta'at.

Bahkan saya adalah pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah.

Namun mulai saat ini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu, saya sudah tidak menyakini lagi kebenaran dari agama Katholik ini. Kerana semakin saya mendalami kitabnya, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temui dalam kitab itu. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain.

Perbandingan dengan kitab injil kristian protestant, ianya menjadi semakin rosak. Dengan kitab wedha umat hindu, tuhannya juga ada 3. Dan kemudian barulah saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini yang saya cari-cari."

(Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya:

"Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekad keluar dari agama Katholik. Namun kini saya berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi.

Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat agama kristain, kristain apapun sekali, tidak akan membunuh saya hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah uzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok."

(Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu).

"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasulluallah" (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu).

"Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khuatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran."

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Saudara-saudaraku, apabila Allah ingin menyampaikan hidayahnya, Allah akan berikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, tetapi sebelum hidayah itu disampaikan adalah menjadi kewajiban manusia untuk mencari hidayah itu. itulah yang dilakukan oleh Ahmad Sri Paus yang telah ditiupkan hidayah oleh Allah dan dia tidak mengabaikannya sebaliknya mencari hidayah itu. Bagaimanapun dengan kita adakah kita membuka hati kita untuk menerima hidayah Allah dan akhirnya percaya dengannya. Jika benar maka syurgalah ganjarannya.

Allahamulillah akhirnya bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad saw, semoga dengan pengislaman dia, akan bertambahlah umat dan makin aman dunia Islam.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

20 August 2013

Generasi Kami Di Pagi Raya

Inilah generasi keturunan kami, anak saudara saya tidak ramai hanya 11 orang sahaja. 7 adalah lelaki dan 4 adalah perempuan. Anak bujang generasi kami dari kanan Amirul, Amir Azman, Ammar, Adi Nur Rasyid (Abang), Amir Ain dan yang paling kecil di hadapan tu adalah Amir Azmee. Yang tiada di dalam gambar adalah Mohammad Firdaus (Adik).

Manakala yang ini adalah anak dara kami dari kanan adalah Adlina, Adila (Kak Long), Adriana (Wawa) dan Afifa (Kak Ngah). Dah besar mereka dan kalau panjang umur boleh melihat mereka berkeluarga nanti.

Salam dan Mohon Ampun Maaf

Abang (Adi Nur Rasyid) sedang bersalaman dengan Emak, iaitu We' (panggilan untuk nenek dalam keluarga saya) mereka.

Giliran Amir Azman pula bersalaman dan mohon maaf dari We' dia.

Ini adalah Adlina.

Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa) bersalaman dan memohon maaf dari saya dan Pak Ngah mereka (adik saya Adnan)

Wawa (Adriana) bersalaman dengan saya. Budak ini memang sangat manja. Saya ingat lagi semasa keluarga adik saya Azmee tinggal bersama saya. Wawa sangat suka duduk atas pangku saya dan 'slide' turun.

Amirul bersalaman dengan Mak Usu dia (Ain)

Amir Ain, adalah anak bungsu Ain sedang bersalaman dan mohon maaf dari Mamanya.

Wawa sedang berhadapan dengan Pak Ngahnya (adik saya Adnan). Adnan suka betul mengusik budak ini dan dia memanggil Wawa 'patung cendana' tak tahulah kenapa...

Acara salam dan memohon ampun anak kepada ibubapanya. Amirul sedang bersalaman dengan Ibunya Roza, Adlina sedang ebrsalaman dengan ayahnya Azmee, Amir Ain sedang bersalaman dengan Pak Langnya (adik saya Azman), Amir Azmee sedang bersalaman dengan Mak Langnya dan Wawa sedang bersalaman dengan Mak Ngahnya. Alhamdulillah tamat acara ini dengan sempurna dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

18 August 2013

Anak Menantu Bersalaman Dengan Emak Di Pagi Raya

Acara yang tidak pernah ketinggalan sejak kami kecil lagi, iaitu bersalaman dan memohon ampun dan maaf dari semua ahli keluarga. Acara biasanya dimulakan dengan anak menantu memohon ampun dan maaf dari emak dan ayah. Kini bila ayah sudah tiada kami beratur menikut seniority memohon ampun dan maaf dari emak. Sebagai anak sulung saya mendahului barisan. Mohon ampun dan maaf dari emak dan berikan emak duit raya.

Giliran adik saya Haji Adnan dan Hajah Shima isteri kepada Adnan.

Diikuti dengan adik ke 3 saya Azman dan isterinya Aziah..

Salam mohon maaf dan peluk cium dari adik saya yang ke4 Haji Azmee dan diikuti dengan isterinya Hajah Rozariah (Roza).

Gambar Ain sedang bermaaf-maafan dengan Emak tiada dalam simpanan saya, hanya gambar Ain sedang beratur menunggu giliran saya. Ain beratur di belakang Roza sebelum Azmee.

Entry selepas ini acara salam dan mohon ampun dari cucu emak dan anak saudara kami....

Pesanan Syaitan

1. Orang Islam yg mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan solat adalah 'Bapaku' kecuali wanita.

2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yang tak berfaedah adalah 'saudaraku' .

3. Orang yang ruku' dan sujud mendahului imam adalah 'anakku' .

4. Wanita yang marah-marah ketika ada tetamu di rumahnya adalah 'ibuku' .

5. Wanita Islam yang tidak memakai tudong adalah 'isteriku' .

6. Orang Islam yg makan tanpa membaca bismillah terlebih dahulu adalah 'anakku' .

7. Orang yg tidak suka berkongsi pesanan ini dengan saudara islam yang lain adalah 'sahabatku' .

8. Orang Islam yang suka berkongsi msg ini dengan saudara Islam yang lain adalah 'MUSUHKU'. maka marilah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi ini dengan saudara Islam yang lain..semuga kita sentiasa dalam lindungan Allah jua.. Aamiin

☑ Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil? Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

☑ Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

☑ kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tetapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?

☑ Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?

☑ Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?
Pikirkan itu

☑ Apakah anda akan memforward pesan ini?

☑ Apakah anda akan abaikan pesan ini karena takut di tertawakan dengan yang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

sumber: fb sahabat

17 August 2013

Doa Qunut Nazilah - Senjata Umat Islam

Doa Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca ketika umat Islam ditimpa ancaman, bencana, penganiayaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah dan Islam.

Kini ramai umat Islam yang dianiaya seperti di Mesir, Pelastine, Syria, Myanmar, Thailand dan Filipina.

Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).” (ibid)

Diriwayatkan dalam seperti di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

1. Mazhab Hanafiah: Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu, melainkan pada solat witir.

2. Mazhab Hanabilah (hambali): Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.

3. Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada solat subuh.

Doa Qunut Nazilah ini juga boleh dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.

Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)

Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita di mana saja berada, khususnya yang sedang berhadapan dengan ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Di bawah adalah Doa Qunut Nazilah dalam rumi (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab):

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubillahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Ameen.

Ertinya:

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,

Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Ingatlah bahawa senjata orang mukmin itu adalah DOA yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.

Wallahualam