17 February 2013

Jasin Bandar Ku

Beberapa keping foto terbaru Bandar Jasin... kalau dulu semasa saya bersekolah di pekan ini (lebih kurang 30 tahun dulu) bangunan-bangunan ini belum ada lagi... Pada masa itu kawasan ini dipenuhi dengan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk pekan ini.

Kalau dulu, jika saya tidak silap di tapak sekitar Bank Rakyat ada sebuah kolam air yang digunakan untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah. Saiz kolam ini tidak besar tetapi agak dalam juga. Pernah sekali dulu semasa saya dalam perjalan ke sekolah saya dan melintasi kawasan itu, kelihatan orang ramai berkumpul di tepi kolam... kenapa????

Rupanya ada seorang gadis telah membunuh diri di dalam kolam itu... Apa yang boleh dibuat kerana hanya mayat sahaja yang ditemui... rasanya gadis itu membunuh dirinya di waktu malam...

Nampak tak bangunan di atas bukit? itulah bangunan sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina, satu-satunya sekolah Cina di Bandar ini. Tinggi kedudukannya jadi banyaklah tangga untuk didaki pelajar dan guru mereka. 

2 comments:

Unknown said...

Saya suka jika dapat menetap di Melaka:)

Unknown said...

Zana orang mana dan sekarang ni menetap di mana? Jasin adalah bandar kedua orang tua saya, apa tah lagi pusara ayah saya juga di sini, jadi kami selalu balik ke sini kerana ianya adalah bumi bertuah buat kami.

Jemputlah ke Jasin walaupun yang sebenarnya tiada apa yang menarik.