09 December 2014

Sebakul Itam MB

Bakul yang saya bawa balik dari pejabat ini adalah bekas bakul bunga. Saya baru sahaja meletakkan bakul tersebut di atas kotak. Tanpa berlengah Itam mencium dan melangkah masuk ke dalam bakul tersebut.

Rasanya dia selesa dengan tempat baru tersebut dan terus terlelap. Saya ambil gambar IMB dengan menggunakan flash tetapi Itam tetap lelap dan tidak melnoleh langsung. Bakul ini muat-muat dengan Itam.

No comments: