Pada 20 Disember 2014, anak kucing yang singgah sebentar di rumah saya pada 1 Disember yang lalu tiba-tiba muncul. Terkejut saya dan mak melihatkan dia, tubuh dia sedikit kurus, teliga dan hidung dah ada kurap dan anak kucing ni dah tidak ada suara. Agaknya dia banyak menjerit dan menangis.
Saya dan mak ambil keputusan untuk pelihara dia sebab kesian sangat pada dia. Umur dia rasanya dalam lingkungan 1 bulan lebih. Sampainya hati manusia yang buang dia sedangkan dia masih menyusu lagi. Saya ambil dia dan terus mandikan. Selepas mandi, bulu dia nampak bersih dan semasa mandi dia ok je dan tak banyak meronta.
Selepas mandi saya keringkan dia dan letakkan dia di atas katil untuk dia tidur sekejap. Biasanya selepas mandi kucing akan rasa sangat letih. Betul sangkaan saya, selepas dia bersihkan diri dia terus tidur dengan nyenyak. Saya namakan di Si Kecik aka Acik. Seakan-akan tahu itu nama dia, dia akan memberi respon dengan memandang dan mengekori kita.
No comments:
Post a Comment