Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kali ini kami ingin kongsikan sedikit tentang kaedah penjagaan si comel yang baru selesai dibedah/ dimandulkan.
1. Ketika membawa haiwan peliharaan anda pulang selepas pembedahan elakkan daripada tersentuh kawasan yang baru dibedah.
2. Haiwan peliharaan anda mungkin memerlukan sehingga 6 jam untuk mula sedar dari kesan pelalian.
3. Pastikan haiwan peliharaan anda di tempatkan di tempat yang selamat, terlindung dan sunyi untuk pulih kerana ia masih lemah dan tidak dapat mengimbangkan badan sepenuhnya. Seelok-eloknya di dalam sangkar yang terhad pergerakan mereka.
4. Letakkan haiwan peliharaan anda di atas kain atau surat khabar untuk memastikannya tidak kesejukan. Pastikan keadaanya sentiasa bersih dan kering kerana ia mungkin berkumuh dalam keadaan separuh sedar.
5. Berikan sedikit air dan makanan hanya setelah ia boleh bangun dan berjalan dengan stabil. Ada kalanya haiwan peliharaan anda hanya berselera sehari selepas pembedahan (ia mungkin mengambil masa semalaman untuk pulih sepenuhnya dari kesan pelalian). Dalam proses penyembuhan, ini adalah biasa sekiranya ia termuntah dan anda tidak perlu cemas tentangnya.
6. Kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar selama 7-14 hari selepas pembedahan bagi menghadkan pergerakannya supaya luka pembedahan cepat sembuh.
Kucing tersebut juga tidak dibenarkan mandi dalam tempoh 14 hari selepas pembedahan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.
7. Periksa kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2 minggu selepas pembedahan untuk memastikan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering serta jahitannya tidak terbuka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Sekiranya bermasalah seperti bengkak yang luar biasa, keluar cairan berdarah / bernanah, atau jahitan terbuka, sila bawa si comel anda berjumpa veterinar semula dengan segera.
8. Sesetengah haiwan peliharaan mempunyai balutan dikawasan pembedahan. Biarkan sehingga 3 - 4 hari selepas pembedahan selagi balutan tersebut bersih dan kering. Tidak mengapa sekiranya haiwan peliharaan anda menanggalkan balutan ini dengan sendiri lebih awal. Ia juga mungkin menjilat atau menggigit kawasan pembedahan tersebut tetapi pastikan ini tidak berlaku dengan kerap. Amat penting untuk penjaga memaklumkan kepada veterinar sekiranya gigitan dan jilatan yang berterusan. Veterinar akan sarankan penggunaan Elizabeth Collar (e-collar) sebagai langkah mencegah kejadian yang buruk akibat tabiat menjilat tersebut.
9. Elakkan daripada memandikan haiwan peliharaan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 14 hari selepas pembedahan. Lap dengan kain lembap sekiranya ada comot, tetapi sentiasa pastikan kawasan jahitan itu kering kerana air boleh meresap kedalam dan mengakibatkan jangkitan.
10. Biasanya, si comel yang baru di bedah akan berada di dalam tempoh “stress” dalam lingkungan 14 hari dari tarikh pembedahan. Dalam tempoh ini, sistem imunisasi badan tidak menentu. Ada kemungkinan si comel akan dijangkiti demam atau selsema selepas pembedahan. Rujukan ke veterinar dengan kadar segera amatlah disarankan sekiranya jangkitan berlaku.

Sumber: fb Helo Vet Disini
No comments:
Post a Comment