05 December 2014

Ideal Body Weight For Pets

Ramai pemelihara kucing dan haiwan pemeliharaan yang sangat suka jika kucing atau haiwan pemeliharaan mereka gemuk dan gebu. Tetapi rupanya kucing atau haiwan yang gemuk dan gebu tidak semestinya sihat sebaliknya seperti juga manusia haiwan ini mungkin juga obes. Obes menyebabkan haiwan pemeliharaan kita diserang pelbagai jenis penyakit terutamanya sakit jantung.

Disebabkan kita tidak memahami mereka, jadi kita ada kemungkinan untuk menyediakan makanan untuk mereka pada bila-bila masa. Saya sendiri sentiasa menyediakan makanan dalam bentuk kibbles bagi kucing-kucing saya. Dan kibbles yang diberi adalah mengikut kegemaran mereka. Alhamdulillah semua kucing saya mengemari kibbles Royal Canin (RC) sahaja, jadi tidak sukar bagi saya menyediakan pelbagai jenis kibbles untuk setiap mereka.

Terdapat juga beberapa ekor kucing saya yang berat tetapi mungkin belum sampai obes, namun begitu mereka masih aktif bergerak, berlari dan melompat. Saya juga menyediakan pelbagai jenis mainan bagi mengelakkan mereka dari duduk, makan dan tidur sahaja.

No comments: