Saya berkenalan budak 2 beradik ni semasa saya menghadiri retreat Jabatan di Ipoh Perak. Setiap kali bersarapan pagi, budak 2 beradik ini akan berada dekat dengan meja kami. Kawasan ini adalah di koridor Coffee House Hotel dan ianya merupakan kawasan yang terbuka.
Si abang sedang berbaring dan melelapkan mata mungkin nak minta simpati, manakala si adik (kucing betina) masih dalam keadaan takut-takut. Saya amat terharu apabila melihat mereka berdua, mana saja abangnya bergerak, si adik akan ikut. Dapat saya bayang bagaimana mereka membesar dan si adik menjadi beg kepada si abang. Baiknya abang ni...
Setiap pagi saya akan sediakan makanan hotel untuk mereka sehingga mereka kenyang. Melihatkan kepada keadaan kucing ini saya rasa mereka ini bertuan kerana kucing ini bersih dan tidak terlalu liar hanya takut kepada orang asing.
Namun tak sampai setengah jam si abang dah jadi kawan saya. Dia dah menyambut salam perkenalan saya dan bergolek-golek di kaki saya sampail menghulurkan tangannya. Sementara itu si adik hanya memerhatikan dari jauh. Saya berdoa kepada Allah supaya kucing-kucing ini tidak dianiaya oleh manusia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.
No comments:
Post a Comment