Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
28 February 2013
27 February 2013
Menutup Aurat Itu Wajib
Cerita mengenai aurat dalam Islam adalah ditujukan kepada wanita Islam, kerana dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat maka seseorang wanita itu mudah dikenali dan lebih dihormati. Saya teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi yang bermaksud "perempuan itu adalah aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia". Wah jika begitu bagaimana wanita Islam zaman ini melakukan aktiviti mereka terutamanya aktiviti yang wajib dilaksanakan seperti mencari rezeki dan sebagainya. Adakah hadis ini menyekat pergerakan wanita Islam?.
Sudah tentu tidak!!! sekiranya wanita itu memelihara auratnya dengan sempurna maka dia menyekat daripada syaitan mendongak semasa dia keluar rumah. Syaitan akan mendongak apabila keadaan seorang wanita yang keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat. Disebabkan aurat tidak dijaga dengan sempurna itulah penyebabnya wanita dikejami dengan pelbagai perlakuan seperti dicabuli, dirogol dan akhirnya dibunuh. Jika pun wanita terselamat dari perlakuan yang saya nyatakan di atas ada musibah lain yang tidak terjangkau oleh pengetahuan kita sebagai manusia apabila semasa wanita berada di luar rumah berlakunya kemalangan atau apa sahaja yang menyebabkan kematian, maka kematian wanita itu berlaku semasa dia berada di dalam keadaan menderhaka kepada Allah.
Semasa peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah menunjukkan kepada Rasulallah saw pelbagai seksaan yang dikenakan kepada wanita, semua ini adalah sebagai amaran dan pengajaran. Malahan seksaan itu bukan sahaja diterima oleh wanita berkenaan tetapi juga oleh suami atau bapa mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim).
Apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini? kita dapati ramai wanita yang menutup aurat tetapi masih tidak menjaga perlakuan dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di Malaysia kini seperti satu fenomena di mana kebanyakan wanita Islam mengenakan tudung dan kelihatan seperti fesyen sahaja tanpa mengetahui sebab memakainya. Silap-silap hari bulan mereka boleh digolongkan sebagai manusia yang mempersenda-sendakan syariat Allah. Bagi wanita yang ikhlas, dan benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.
Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".
Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas. Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.
Walallahualam.....
Sudah tentu tidak!!! sekiranya wanita itu memelihara auratnya dengan sempurna maka dia menyekat daripada syaitan mendongak semasa dia keluar rumah. Syaitan akan mendongak apabila keadaan seorang wanita yang keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat. Disebabkan aurat tidak dijaga dengan sempurna itulah penyebabnya wanita dikejami dengan pelbagai perlakuan seperti dicabuli, dirogol dan akhirnya dibunuh. Jika pun wanita terselamat dari perlakuan yang saya nyatakan di atas ada musibah lain yang tidak terjangkau oleh pengetahuan kita sebagai manusia apabila semasa wanita berada di luar rumah berlakunya kemalangan atau apa sahaja yang menyebabkan kematian, maka kematian wanita itu berlaku semasa dia berada di dalam keadaan menderhaka kepada Allah.
Semasa peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah menunjukkan kepada Rasulallah saw pelbagai seksaan yang dikenakan kepada wanita, semua ini adalah sebagai amaran dan pengajaran. Malahan seksaan itu bukan sahaja diterima oleh wanita berkenaan tetapi juga oleh suami atau bapa mereka.
Apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini? kita dapati ramai wanita yang menutup aurat tetapi masih tidak menjaga perlakuan dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di Malaysia kini seperti satu fenomena di mana kebanyakan wanita Islam mengenakan tudung dan kelihatan seperti fesyen sahaja tanpa mengetahui sebab memakainya. Silap-silap hari bulan mereka boleh digolongkan sebagai manusia yang mempersenda-sendakan syariat Allah. Bagi wanita yang ikhlas, dan benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.
Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".
Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas. Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.
Walallahualam.....
26 February 2013
Bincang isu pemilikan ekuiti orang Melayu
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Februari 2013
Pemimpin NGO Ekonomi Zon Utara semasa Kongres Ekonomi Melayu.
GEORGETOWN - Kira-kira 300 pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional menghadiri Kongres Ekonomi Melayu 2013 Zon Utara yang berlangsung, semalam.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen Abdul berkata, kongres itu lanjutan kongres sama di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Oktober tahun lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Utara berkata, kongres julung kali diadakan itu bertujuan merumuskan 20 resolusi diputuskan dalam kongres di peringkat kebangsaan di ibu negara itu, baru-baru ini.
Program berkenaan anjuran bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), berlangsung di Dewan Seameo Recsam, di sini, semalam.
Dua kertas kerja akan dibentangkan oleh Datuk Dr Mohamaed Ghazali Md Noor yang bertajuk ‘Resolusi Kongres Ekonomi Melayu 2012’ dan ‘Transforming Urban Penang Malay Business as a Hub for Northen Region Malay Economic Empowerment dibentangkan oleh Dr Muhammad Abdul Khalid.
Kongres itu dirasmikan Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Al-Attas yang juga Pengerusi Yayasan Kajian dan Pengerusi MTEM.
Beliau berkata, antara isu dibincangkan ialah pemilikan ekuiti orang Melayu tidak setanding bangsa lain, khususnya senario di Pulau Pinang, ramai terpaksa keluar dari pulau ke tanah besar berikutan dilema isu pemilikan tanah.
P/S Saya sangat teruja dengan agenda ini, sememangnya saya sangat bimbang dengan pemilikan ekuiti orang Melayu terutamanya tanah bumi bertuah ini. Adakah ini merupakan langkah awal untuk mengenalpasti tindakan yang sepatutnya diambil, pada saya orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Kerajaan sahaja, mereka sepatutnya sudah matang untuk menilai sendiri untung nasib apabila tanah hak milik bertukar tanah... janganlah menjadi tamak hingga hilang pertimbangan.

25 February 2013
Neil Armstrong Dikebumi Di Ohio
Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam.
- Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls
LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama (?) menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia dan disemadikan di Cincinnati, Ohio. Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.
Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."
Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama. Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama.
24 February 2013
Pembaharuan Passport
Pada 19 Januari 2013 yang lalu saya telah ke Pejabat Imigresen Seri Rampai untuk memperbeharui passport antarabangsa saya yang telah tamat. Bagi tujuan ini saya mengambil cuti, tetapi ada di antara rakan sepejabat memaklumkan bahawa untuk pembaharui passport tidak perlu mengambil cuti kerana tempoh siap pembaharuan passport tersebut hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Saya tiba di pejabat tersebut pada jam 10 pagi dan terus ke kaunter untuk penyerahan dokumen yang lengkap dan mengambil nombor giliran. Nombor yang diserahkan kepada saya adalah 1191.
Rupanya saya terpaksa menunggu untuk dipanggil oleh 3 kaunter lagi, iaitu kaunter untuk pengesahan dokumen, di sini dokumen untuk diproses dan ditandatangani oleh pemohon. Untuk menunggu nombor dipanggil oleh kaunter ini pun terpaksa menunggu hampir 1 jam. Kemudian menunggu nombor dipanggil untuk tujuan pembayaran. Yang sebenarnya tempoh 1 jam yang dimaksudkan oleh rakan saya mulanya di sini, iaitu selepas pembayaran dibuat. Selepas itu kita terpaksa menunggu paling lama pun 1 jam untuk penyerahan passport baru. Di sini saya hanya menunggu lebih kurang 40 minit sahaja untuk penyerahan passport dan sehingga semua prosedur selesai. Nasib baik saya ambil cuti kerana prosesnya lambat juga.
23 February 2013
Misteri Kaabah Yang Menggegarkan NASA
Manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan, Neil Amstrong telah membuktikan kepada dunia bahawa Kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Dan fakta ini telah diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dati kapal angkasanya Apollo 11, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Namun para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan mereka terus mengumumkannya secara rasmi di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website mengenai perkara tersebut telah hilang/ dipadamkan di mana ianya seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi di sebalik penghapusan kandungan website tersebut. Tentu ada sesuatu yang amat tidak disenangi oleh pihak tertentu mengenai kebenaran yang didapati dari pengembaraan ini.
Jom kita menjelajah secara minda ke kutub utara dan selatan. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang dinamakan sebagai ‘Zero Magnetism Area’, iaitu kawasan di mana apabila kita menggunakan kompas, jarum kompas tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub. Di manakah tempat itu? Ramai yang mempercayai bahawa kawasan itu adalah di Kota Mekah.
Itulah sebabnya jika seseorang itu tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita sedang charge berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat (di mana agaknya?), ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita. Kesahihan ini belum dapat disahkan lagi... saya juga masih tercari-cari di mana agaknya musium tersebut.. jika ada yang memakluminya bolehlah updatekan artikel ini.
Masih ingatkan anda akan sebuah hadis di mana sabdanya, Rasulullah SAW: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
P/S Saya tiada maksud yang membawa cerita dongeng, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan pencetus idea, manalah tahu esok-esok lahirnya para astronot muslim yang boleh menghantarkan foto-foto rahsia alam dan cekrawala kepada dunia sejagat.
Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dati kapal angkasanya Apollo 11, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Namun para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan mereka terus mengumumkannya secara rasmi di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website mengenai perkara tersebut telah hilang/ dipadamkan di mana ianya seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi di sebalik penghapusan kandungan website tersebut. Tentu ada sesuatu yang amat tidak disenangi oleh pihak tertentu mengenai kebenaran yang didapati dari pengembaraan ini.
Pun begitu ada pihak-pihak yang melakukan penelitian lebih lanjut mengenai kenyataan para astronot tersebut dan ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak ada pengakhirannya), hal ini terbuktikan bahawa ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berterusan ujud/ ada. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah (Baitulallah) di planet Bumi dengan Kaabah (Bailtulmakmur) di alam akhirat (syurga).
Itulah sebabnya jika seseorang itu tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita sedang charge berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Masih ingatkan anda akan sebuah hadis di mana sabdanya, Rasulullah SAW: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
P/S Saya tiada maksud yang membawa cerita dongeng, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan pencetus idea, manalah tahu esok-esok lahirnya para astronot muslim yang boleh menghantarkan foto-foto rahsia alam dan cekrawala kepada dunia sejagat.
Asronot Wanita India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Armstrong Tentang Kota Bercahaya
Satu pesanan pendek tersebar mengenai berita kemasukan Islam oleh Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu. Berita seperti ini bukanlah pertama kali di mana sebelum ini astronot pertama ke bulan yangberasal Amerika Syarikat iaitu Neil Armstrong juga pernah diberitakan memeluk agama Islam sekembalinya dia dari bulan.
Adakah berita ini benar atau sebaliknya? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak menyukai dengan berita ini. Lalu disebarkan pula berita yang disiarkan adalah berita bohong.
Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).
Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang sangat aneh di mana semasa menuju ke bumi beliau terlihat suatu permandangan aneh. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap gulita, ada pula sebahagian kecil bumi yang nampak terang benderang seperti bercahaya. Kawasan tempat bercahaya itu adalah MEKAH dan MADINAH seperti di gambar setelit di bawah.
Sunita mengatakan, pemandangan dari atas kelihatan seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya beliau di mana dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah.
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya di bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah. Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan kebenaran kepada Astronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.
Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang kemudiannya dia mengenalinya sebagai SUARA AZAN. Tepatnya semasa Neil diundang ke seminar di Universiti Kaherah, Mesir, untuk menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan masuknya waktu solat, moderator menghentikan persembahannya untuk mendengarkan azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa mendarat di bulan.”
Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah seorang profesor di universiti itu mengetahui tentang Islam. Hasilnya tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf.
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan benar-benar menjadi polemik di beberapa masyarakat. Tetapi bagi kita umat muslim, kita tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.
Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat kita dan dunia.
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam setelah kembali dari bulan, hamua Allah sahaja yang maha mengetahui, apa yang boleh dilakukan oleh kita hanyalah berharap agar Allah Swt telah memberikan hidayah kepada mereka.
Bagaimanapun juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan berita ini. Padahal jika Allah menghendaki kejadian terdengarnya suara azan di bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana seperti yang Allah firmankan di akhir surah Yasin jika ia mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia. Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh dunia.
Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetapi semakin hari semakin ramai yang memeluk agama suci ini dan rata-rata mereka berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
Walallahualam.... saya cuba mencari berita terkini Sunita tetapi tiada ....

22 February 2013
Pesta Durian 340 FBS
Semasa kami balik kampong yang lepas, adik-adik saya Azman dan Azmee pagi-pagi lagi telah memborong durian kampong yang hampir kesemuanya baru sahaja gugur. Kebun durian ini dipercayai dari sebuah kebun di Kampong gapis tidak jauh dari sini.
Harga kesemua buah durian ini tidak sampai RM50.00 bagi 48 biji durian besar, kecil dan ada juga yang dimakan oleh tupai.
Tetapi yang bagusnya hampir semua buah ini adalah buah baru dan apabila dibuka kelihatan buahnya yang cantik dan segar.... Di KL memang sukar untuk menjumpai buah durian yang baru...
Ini adalah buah durian isinya berwarna putih... rasanya lemak dan kurang manis. Tetapi terdapat juga iai buah yang keras lagi....
Buah durian kampong ulasnya kecil-kecil tidak seperti buah durian kahwin di mana isinya besar.....
Terdapat beberapa buah durain yang baru gugur jadi untuk membukanya memang sangat susah... 2 hero kami bersusah payah sehingga ada yang terluka untuk memudahkan saudara-saudara yang lain memakan durian.
Apa agaknya yang mengelikan hati Azmee melihat gelagat Azman dengan durian...
Makan durian sehingga terjatuh... eish eish...
Seorang ni memang rajin betul sedangkan yang lain rajim melihat dan makan sahaja... Terima kasihlah zman dan zmee usaha membeli dan membuka durian.
Masih banyak lagi... setakat manalah kita boleh makan durian kerana sifatnya yang panas.
21 February 2013
Di Pusara Ayah Februari 2013
Pada hari pertama di kampong, keesokkan paginya kami mengunjungi pusara ayah... Bacaan yasin dipimpin oleh adik saya Azman dengan diikuti oleh emak, Haji Azmee, Ainee dan saya.
Mengatur langkah di taman barzah
Biasanya selepas membaca surah Yasin, di mana pahalanya untuk disedekahkan khususnya untuk ayah dan amnya untuk muslimin mulimat, kami mengemas pusara ayah agar ianya sentiasa nampak lebih kemas dan bersih.
Emak, Azmee, Ainee dan saya....
Pada hari berikutnya...... Bacaan Yasin yang diketuai oleh adik saya Haji Adnan, kelihatan sama adik saya Azman.
Selesai membaca surah Yasin dan kini adik-adik saya yang lain melawat ke kubur-kubur lain yang pernah kami kenali. Rupanya ramai orang-orang tua kampong ini yang telah kembali bertemu Allah.... dan kami bilakah lagi?????
Si Mati dan Al Quran
Dunia bukan sahaja tempat bersenang lenang tetapi yang paling utama dunia adalah pentas untuk menyediakan bekalan untuk di bawa ke dunia yang kekal nanti. Oleh itu persiapkanlah diri kita dengan pelbagai amalan, selagi nyawa dikandung badan, dan setelah kita mati, maka tiada lagi kesempatan untuk penyediaan bekalan tersebut.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, maka detik itulah bermulanya kehidupan di dalam alam baqa' dengan kehadiran 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, mereka datang ke dalam kubur dan cuba untuk memisahkan seorang lelaki kacak yang ada di hujung kepala jenazah tadi. Tujuan mereka hanyalah untuk menyoal jenazah itu mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Marilah kita sebarkan Hadis ini kepada semua kerana sabda Rasulallah saw 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

20 February 2013
Legenda Neil Armstrong Meninggal Dunia Bersama 'Misteri'
Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong
berada dalam model lunar selepas mendarat di permukaan bulan. - Foto EPA |
Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan sebelum akhir dekad tersebut.
Armstrong berjalan di bulan telah dipapakan melalui televisyen dan ianya disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.
Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.
Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.
Tetapi menurut maklumat kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting. Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, NASA dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya itu.
Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan. Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap. Menurut NASA, masalah ini timbul dari salah satu daripada 2 kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat. Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, bahawa Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.
Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998), operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston NASA. HAM memintas mesej yang disaring oleh NASA daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya. Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi NASA berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh NASA.
"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum di NASA, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.
Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak." Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa untuk menyembunyikan keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah Armstrong melihat UFO?.
Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Apollo 11 sememangnya ada merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak dari menyebut perkataan UFO sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.
Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.
Sumber: http://www.lamankongsi.com
P/S Yang sebenarnya bermacam-macam cerita yang kita dengar kesemuanya adalah untuk menjadikan topik ini lebih sensasi. Walau bagaimanapun keadaan sebenarnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Saya tidak hairan dengan cerita mengenai AS yang cuba untuk menyembunyikan sesuatu kejadian atau fenomena kononnya atas asar keselamatan tetapi ada kemungkinan alasan sesuatu keadaan itu disembunyikan adalah mengenai kebenaran Islam yang jika disiarkan akan menyebabkan ramai rakyatnya kembali ke jalan yang benar ini. Walllahualam....
Betul ke Neil Armstrong Tidak Ke Bulan?
Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong berada di bulan. - Foto EPA |
Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.
P/S: Betul ke berita ini? sukar untuk kita tidak mempercayai bahawa Armstrong tidak mendarat di bulan, kerana selama ini kita memang disogokkan dengan cerita yang sangat sensasi ini bahawa manusia sudah mendarat di bulan. Bagi saya mendarat di bulan pun bukannya suatu perkara yang mustahil kerana tiada apa yang mustahil sekiranya diizinkan yang maha kuasa.
19 February 2013
Maulidul Rasul Jasin Melaka
Pada suatu hari semasa saya dan beberapa adik saya bercuti di kampong, selepas saya dan keluarga makan di Jasin dan dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan perarakan menyambut Maulidul Rasul saw. Perarakan sedang dalam perjalanan dari Rim menuju ke Jasin atau mungkin sehingga masjid Kampung Rim.
Ramai juga yang mengambil bahagian, saya dan keluarga juga terasa teruja melihat acara ini, maklumlah sudah sangat lama kami tidak terlibat atau melibatkan diri dalam sebarang perarakan. Melihat anak-anak sekolah terutamanya dari Sekolah Agama atau Maahad saya rasa seronok, masih ada lagi yang cuba memperjuang dan menegakkan syiar agama serta melahirkan rasa cinta kepada rasulallah saw. Itu pandangan dan persepsi saya sahaja.
Yang berpakaian serba putih siap dengan berserban rasanya adalah peserta dari Maahad yang ada di Rim Jasin. Semoga mereka menjadi menyampung amanat dan wasiat baginda Rasulallah saw.
Dan yang ini tentunya dari anak-anak yang menganggotai kumpulan kompang. Selamat semuanya dan selawatlah serta mendapat syafaat baginda Rasulallah saw nanti di Padang Masyhar, insyaallah.
Belangsungkawa: Perginya Seorang Anak Kecil
Saya sedang memandu untuk ke pejabat pagi ini, semasa mendengar ringkasan berita dari corong radio, saya terasa sangat sedih apabila saya mendengar berita tentang kematian seorang anak kecil di Indonesia. Sememangnya ajal, pertemuan, rezeki dan jodoh adalah merupakan takdir serta qada dan qadar, semuanya adalah di tangan Allah swt, tetapi yang sangar saya sedihkah adalah kerana anak ini tidak dapat meneruskan hidupnya hanya kerana keengganan 10 buah hospital untuk memberi rawatan kepadanya. Apalah salahnya hodpital-hodpital tersebut memberikan rawatan percuma kepada anak ini kerana ketidakmampuan keluarganya, tidak kasihankan hospital-hospital yang menolaknya sehingga anak ini menemui ajalnya. Bukankah hospital dan rumah sakit maupun klinik adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam kesejahteraan dan bukannya semata-mata mencari keuntungan.
Takziah saya dan rakyat Malaysia kepada keluarga yang malang ini. Bersabarlah... kerana ini adalah ujian Allah. saya doakan semoga anda dan keluarga akan lebih dirahmati dan diberkati dalam hidup.
18 February 2013
Imej asteroid gergasi disiarkan NASA
BOSTON – Imej sebuah asteroid gergasi yang mempunyai saiz separuh padang bola sepak disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ketika ia menghampiri bumi kelmarin.
Asteroid 2012 DA14 yang dikesan pada tahun lalu itu berada pada kedudukan 27,700 kilometer dari bumi pada pukul 2.25 petang pada waktu pantai timur Amerika Syarikat.
Ia dirakamkan menerusi satelik robotik di Balai Cerap Pierre Auger di wilayah Mendoza, Argentina.
Asteroid tersebut yang seberat 7,000 tan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer sesaat beberapa jam selepas sebutir tahi bintang jatuh di wilayah Chelyabinsk, Rusia. – Agensi
Kenduri Kahwin Rumah Chief Zarina
Saya dan Nina bergambar bersama dengan emak pengantin perempuan Chief Zarina (di tengah) untuk kenang-kenangan di pintu masuk khemah jamuan.
Saya berpakat dengan rakan sepejabat saya, iaitu Nina untuk pergi bersama-sama ke rumah kenduri Chief Zarina, Mantan Ketua Kerani kami. Saya mengambil Nina di rumah dan terus ke rumah Chief Zarina di Taman Seri Delima. Jarak dari rumah Nina tidak berapa jauh, tetapi saya memang tidak biasa dan pandai dengan laluan di kawasan tersebut.
Cantik... mereka menggunakan thema warna hijau turquoise dari khemah hingga ke pakaian semuanya nampak sedondong.
Hidangan yang disediakan adalah nasi minyak (lama betul saya tak makan nasi minyak), rendang daging, ayam masak merah, dalca dan yang istimewanya acar buah.
Nina bersama dengan seorang rakan.
17 February 2013
Bahagian jahat dalam otak manusia
Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.
Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.
"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline
Jasin Bandar Ku
Beberapa keping foto terbaru Bandar Jasin... kalau dulu semasa saya bersekolah di pekan ini (lebih kurang 30 tahun dulu) bangunan-bangunan ini belum ada lagi... Pada masa itu kawasan ini dipenuhi dengan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk pekan ini.
Kalau dulu, jika saya tidak silap di tapak sekitar Bank Rakyat ada sebuah kolam air yang digunakan untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah. Saiz kolam ini tidak besar tetapi agak dalam juga. Pernah sekali dulu semasa saya dalam perjalan ke sekolah saya dan melintasi kawasan itu, kelihatan orang ramai berkumpul di tepi kolam... kenapa????
Rupanya ada seorang gadis telah membunuh diri di dalam kolam itu... Apa yang boleh dibuat kerana hanya mayat sahaja yang ditemui... rasanya gadis itu membunuh dirinya di waktu malam...
Nampak tak bangunan di atas bukit? itulah bangunan sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina, satu-satunya sekolah Cina di Bandar ini. Tinggi kedudukannya jadi banyaklah tangga untuk didaki pelajar dan guru mereka.
16 February 2013
KEUTAMAAN SHALAT SUNNAH RAWÂTIB
Ada beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan keutamaan shalat sunnah Rawâtib secara umum, dan ada juga yang khusus pada satu shalat sunnah Rawatib tertentu, seperti keutamaan shalat sunnah sebelum Subuh.
Di antara hadits yang menunjukkan keutamaan shalat sunah Rawâtib secara umum, ialah hadits Ummu Habîbah, yang berbunyi:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Tidaklah seorang muslim shalat kerana Allah setiap hari dua belas raka'at shalat sunnah, bukan wajib, kecuali akan Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. [5]
Jumlah raka'at ini ditafsirkan dalam riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasâ-i, dari hadits Ummu Habibah sendiri, yang berbunyi:
قَالَتْ أُمُّ حَبِيبَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Ummu Habibah berkata,"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:'Barang siapa yang shalat dua belas raka'at maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga; empat raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at setelahnya, dua raka'at setalah Maghrib, dua raka'at sesudah 'Isya`, dan dua raka'at sebelum shalat Subuh'."
Dalam riwayat lain dengan lafaz :
مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Barang siapa yang terus-menerus melakukan shalat dua belas raka'at, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga. [HR an-Nasâ-i][6].
Riwayat ini menunjukkan sunnahnya membiasakan dan secara rutin agar kita mengerjakan shalat dua belas raka'at tersebut setiap hari. Sehingga, siapapun yang membiasakan diri melakukan sunnah-sunnah Rawâtib ini, ia termasuk dalam keutamaan tersebut. Dan ini dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , sebagaimana tersebut dalam hadits Ibnu 'Umar berikut ini.
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَكَانَتْ سَاعَةً لَا يُدْخَلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا حَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ أَنَّهُ كَانَ إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ وَطَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ
Aku hafal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sepuluh raka'at: dua raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at sesudahnya, dua raka'at setelah Maghrib, dua raka'at setelah 'Isya, dan dua raka'at sebelum shalat Subuh. Dan ada waktu tidak dapat menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam . Hafshah menceritakan kepadaku, bila muadzin azan dan terbit fajar, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat dua raka'at.[7]
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim terdapat tambahan lafaz:
وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ فَفِي بَيْتِهِ
Dan dua raka'at setelah Jum'at. Adapun (shalat sunnah Rawatib) Maghrib dan 'Isya dilakukan di rumahnya.[8]
Dalam riwayat Muslim berbunyi:
فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ وَالْجُمُعَةُ فَصَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ
Adapun (shalat sunnah Rawâtib) Maghrib, Isya dan Jum'at, aku lakukan bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di rumahnya.[9]
Sumber: fb Sham Kamakaze

Subscribe to:
Posts (Atom)