26 January 2014

Musim Sejuk di Malaysia?


Apabila beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca sejuk yang berlainan dengan cuaca kebiasaan negara ini. Walaupun pihak berkuasa memaklumkan bahawa fenomena ini adalah biasa tetapi apa yang dirasakan oleh rakyat negara ini bukan perkara biasa berlaku.

Jabatan Metrologi Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar pada 23 Januari 2014 bahawa  dalam bulan bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain di negara ini. Tetapi jika kita imbas semula pada tahun lepas-lepas, rasanya cuaca pada bulan-bulan itu memang sedikit rendah, tetapi tidak serendah suhu seperti yang dialami kini.

Menurut Jabatan itu lagi, suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.


Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan.

Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.

Itu pandangan Jabatan yang berdasarkan kepada sains dan geoloji tetapi bagi Allah swt semuanya mungkin berlaku. Kita berada di akhir zaman di mana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya melalui kejadian alam. Kenapa kejadian alam berlaku dan berubah dari kebiasaannya? Ini disebabkan oleh paksi bumi yang telah berubah... dan kita tunggu pula apabila matahari terbit dari tempat tidurnya.

Walallahualam, hanya Allah swt yang maha mengetahui. .  sebelum terlambat bertaubatlah.

No comments: