17 January 2014

Kasih Ibu Kucing

Walaupun Si Baby dan Si Adik hampir berumur 3 bulan dan badan mereka dah besar panjang, tetapi Oky masih lagi menyusukan mereka.

Menyusu pada umur ini menyebabkan Oky terpaksa menahan sakit apabila anak-anaknya mengeluarkan kuku yang tajam dan menekan di sekeliling susu ibunya. Kesin betul dengan Oky.

Kadang kala saya terpaksa memegang kedua-dua tangan anak Oky untuk mengurangkan mereka menekan kuku ke badan Oky. Tetapi Allah swt telah menjadikan ibu sanggup menahan kesakitan kerana anak. Itu baru ibu kucing, macam mana dengan ibu manusia? Sayangnya masih ramai lagi manusia yang membuang anak terutamanya orang melayu.

No comments: