Emak dan saya ambil angin petang di halaman rumah, petang itu angin sepoi-sepoi bahasa dan agak dingin. Ini mungkin disebabkan oleh Bandar Kuala Lumpur yang disimbah oleh hujan, sayangnya hujan tidak sempat sampai ke daerah rumah kami, namun angin lembab dan dingin sahaja yang kadang-kadang tiba.
Sambil ambil angin dan melihat jiran-jiran berjoging dan juga ambil angin di tebing daerah ini.
Mak kata nak tunggu sehingga azan magrib, dan saya masuk dulu untuk menyediakan minum petang. Memang seronok kalau dapat minum petang ramai-ramai di sini.
Emak mendongak ke langit melihat beberapa kapal terbang kerana udara daerah ini merupakan laluan kapal terbang antarabangsa dan domestik.
No comments:
Post a Comment