Kekadang pernahkah anda perasan kereta depan kita masuk gear P apabila berhenti di trafic light. Ianya mudah untuk diperhati apabila kita terlihat lampu reverse nyala sekejap. Yang sebenarnya saya juga sering lakukan seperti itu. Cuba bayangkan kalau pemandu itu terkejut kerana lampu trafik tiba-tiba bertukar menjadi hijau, kereta di belakang mula hon. Mungkin boleh menyebabkan tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear, dan ini pastinya boleh membuat gear box rosak rasanya.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Apabila nak bergerak semula:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
Penggunaan tombol/ butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P & R ,
R & P
R & N
N & R
D & L/D2
L/D2 & D
2. Jangan sesekali tekan antara
N & D
D & N
D & D3
D3 & D
Pernah tegur orang semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
No comments:
Post a Comment