Benarkah musim sudah berubah, atau paksi bumi terpesong dari tapaknya, atau mungkin matahari sudah dekat dengan kita atau ozon dah hilang dari alam semesta atau dunia di akhir hayat... itulah tandanya kiamat.
Dulu masa saya kecil, hampir semua orang menyatakan bahawa bunga bakawali hanya kembang di awal pagi, iaitu di tengah malam. Jadi untuk melihat bakawali berkembang adalah mustahil kerana setiap kalai selepas berkembang. bunganya akan layu dan terkulai.
Kata orang semasa bunga ini nak berkembang, bunga ini akan meletup dan keluarlah pari-pari. Jadi pari-pari terbang malam dan bersatu dengan komunitinya. Tapi baru-baru ini semasa balik ke kampong, bunga bakawali keluarga saya didapati berkembang di lewat pagi. Kedua-dua kuntum masih berkembang walaupun dah hampir jam 10 pagi. Ke mana terbangnya di pari-pari kerana kesiangan bunga terbunga. Atau matikah ia...
Rupanya bunga ini memang cantik, putih dengan stigma berwarna kuning. Kelopaknya luncus seperti jari puteri, tercatuk bagaikan kepala bangau selepas bangun tidur. Pertama kali saya melihat bakawali kembang pagi.
No comments:
Post a Comment