Pagi ini saya rajin sedikit dan saya bangun pagi awal dari biasa. Selalunya pada hari Sabtu, Ahad atau hari cuti saya akan bangun lewat. Selepas solat subuh saya akan sambung tidur, dan bila bangu lewat maka breakfast pun lewat juga. Tetapi hari ini lain sedikit kerana, pagi ini saya kena ke pejabat kerana kami ada gotong royong di taman Jabatan.
Oleh itu pagi-pagi saya siapkan Angle-hair and vege salad bagi western breakfast. Setelah siap saya sejukkanya dalam peti sejuk dan kemudian buat local breakfast yang popular iaitu jemput-jemput bawang. Kemudian saya sediakan kopi-O yang sangat saya gemari setiap pagi. Memang best.
No comments:
Post a Comment