Selepas shopping di Tesco Melaka, semua orang dah mula lapar. Cadangan kami hendak makan di sebuah restorant di MITC yang menurut adikku boleh tahan juga masakannya.
Malang sungguh, sebaik sahaja tiba di MITC, banyak restorant yang masih lagi tutup dan tidak beroperasi. Tiada cara lain, kami sependapat untuk mengambil lunch kami di restorant mamak di Maidin.
Yang sebenarnya mee goring mamak di restorant ini ok juga begitu juga dengan roti nunnya.
Mungkin disebabkan banyak kedai makan yang masih tutup, restorant ini jadi popular, ramailah pulak pengunjung dan kami terpaksa menunggu pesanan dengan booring.
Berbagai gaya daitunjukkan oleh ahli keluarga ku dan kesian la pulak melihat mereka. Yang sebenarnya saya sendiri pun dah sangat lapar.
Kesian, semua sedang menunggu hidangan... tengok Zman, emak, Shima dan Amir booring je.
Shima sedang bercakap dengan siapa tu!!! dan apa agaknya yang dibicarakan olehnya?
Amir dan Ammar sibuk dengan hp masing-masing... ada yang menariklah tu.
Apa lambat sangat ni.... agaknya itu yang sedang difikirkan oleh Ain.
Peace... senyum kurang manis sebab perut dah berkeroncong...
No comments:
Post a Comment