Pada 22 September 2012, hari Sabtu saya, Masturah (Mas) dan semua pekerja kontrak kebersihan JPWPKL mengadakan gotong royong untuk bulan September 2012. Pagi-pagi selepas jam 7 pagi semua pekerja melaksanakan dahulu tugas harian mereka dan pada jam 10 pagi selepas ketibaan saya dan Mas kami mulakan gotong royong ini. Kali ini tidak banyak tugas yang hendak dilakukan, antara lain menyusun pasu-pasu bunga di pintu masuk Jabatan, membersihkan kawasan kolam air pancur di bawah jambatan dan mengemaskan kawasan pokok bunga di hadapan jabatan dan kolam di Pos Pengawal Utama.
Foto atas kelihatan Kak Mus sedang membersihkan laluan di sebelah kanan bangunan Duta 1 menuju ke kawasan kolam air pancur.
Kedua-dua Pak Din dengan dibantu oleh Diya, kak Musti dan Halil membersihkan kawasan kolam air pancur (rosak). Mereka mengutip batu-batu dan mencabut pokok-pokok bunga yang tidak sesuai tumbuh di kawasan tersebut. Kawasan ini akan dibangunkan semula untuk menjadikan kawasan rehat staf dan pelawat/ pelanggan.
Mereka menyusun semula batu-batu merah untuk menghadang tanah turun ke laluan dan mencantikkan permandangan.
Saya dan Diya menanam semula beberapa pokok bunga kecil dan pokok keladi di kawasan tersebut.
Gotong royong minggu ini juga adalah menyusun semula pasu-pasu bunga di 3 lokasi berhadapan pintu masuk JPWPKL. Mas dan pasu-pasu bru disusun di sebelah kiri Jabatan.
Saya pula di sebelah kanan pintu masuk Jabatan. Nampak lebih segar dan menarik lokasi ini.
Saya sedang sibuk menanam pokok bunga ati-ati bila Mas mengambil foto ini.
No comments:
Post a Comment