07 September 2012

Kucing-Kucing Di KIP Sentul


Saya kerap juga ke Kuarters Institut Perguruan (KIP) Sentul,  buat masa ini KIP terseut masih lagi belum didiami oleh penghuni. Untuk menjaga keselamatan bangunan tersebut jabatan menyediakan seramai 5 orang Jaga jabatan untuk mengawasi keselamatan KIP tersebut.

Oleh yang demikian maka keraplah juga saya ke sana untuk melihat-lihat keadaan dan tugas-tugas lain yang berkaitan. Selain daripada 5 orang jaga yang ada di KIP itu terdapat juga beberapa ekor kucing yang menjadi penghuni setia.

Kesiannya kucing-kucing ini dalam kelaparan. Namun begitu petugas-petugas di KIP ini juga sering memberi mereka makan.

Apabila saya datang si kuning dan di hitam mengekori sahaja ke mana saya pergi, minta makanan agaknya. Saya pula lupa untuk membawa makanan untuk mereka.

No comments: