Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan
demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari
terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik
sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat
ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w.
mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira
sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila
Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia
tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu
mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari
pagi hingga ke malam.
Kisah
tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang
lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan
mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu
menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa
gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari
para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu
telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya
ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan
Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi
menjadi janda."
Selelah
mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang
lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang
mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya
Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami
mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah
beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para
sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas
beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya:
"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali
r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan
turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah
ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang
dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik
sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia
pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali
r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain
menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung,
batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua
binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian
Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang
mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut,
ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut
diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada
saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan
untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di
masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat
dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat
beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah
s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang
lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan
ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami
berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu
'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu
ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,
setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya
dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul
unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda
pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda
sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul
kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai
Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan
tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan
dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah
Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk
pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di
pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan
oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah
r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata
Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya
untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah
manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal
r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a.
memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada
Rasulullah s.a.w.
Setelah
Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau
pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai
'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah
kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar,
Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan
tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata:
"Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu
menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai
Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu
dan mengetahui isi hatimu."
Setelah
itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau
kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah
hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah
pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak
memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik
sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun
mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari
neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga,
inilah orangnya."
Kemudian
semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau
telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w.
di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau
pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau
berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu
semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari
perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula
saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain
yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan
menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku
ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para
pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat
ke atasku."
Sebaik
sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan
untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan
kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda
sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan
yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para
sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan
yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat
yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang
pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila
ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah
Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w.
bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan
sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari
Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat,
setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke
rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya
rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih
sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan
dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami
kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila
waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini
salam Bilal r.a. telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda
berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata
Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik
sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu
Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu
Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong
maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh
pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid,
sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah
apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan
kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah
s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w.
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah
selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum
muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah,
oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan
mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia
ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan
hari terakhir aku di dunia."
Setelah
berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail,
pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu
hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang
paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah
lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku."
Sebaik
sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah
malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun
memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir
risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua
sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat."
Kemudian
malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan
pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang
Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda
sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam
sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab
Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun
berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang
pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah
s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun
masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu,
itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu
tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak
beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril
a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu
bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu."
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril
a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat
bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran
rohmu."
Berkala
Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah
berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para
nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku
juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan
telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai
lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah
itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah
Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril,
apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai
kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu
dalam sakaratul maut?"
Anas
bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di
dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua
menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a.
berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s.
telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu
terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah
tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
kredit to http://www.pekanrabu.com/zubir/wahyu.html
Saya terfikir-fikir mengapa ada manusia yang sangat kejam kepada Rasulallah saw, mengadakan cerita yang bukan-bukan terhadapnya, mengapa baginda dihina dengan begitu sekali, tidakkah manusia-manusia itu dapat membayangkan betapa baginda bimbang untuk meninggalkan kita yang tidak pernah dikenali oleh baginda, sehinggakan di saat akhir baginda ingin menghadap Allah Taalah yang dirindunya, baginda masih lagi menyebut-yebut akan umatnya, bimbang akan akidah umatnya yang terpesong selepas ketiadaan baginda. Sememangnya zalimlah manusia-manusia itu yang sengaja membuat cerita yang bukan-bukan/ menfitnah terhadap baginda junjungan. Setiap kali membaca kesah ini saya akan mengalirkan air mata kerana pertama - saya berterima kasih kepada junjungan mulia kerana telah sampai ajaran agama suci ini ke sudut dunia ini dan kedua saya sangat berharap akan shafaatnya baginda nanti semasa saya, keluarga dan teman-teman di padang masyhar. Semoga segalanya dipermudahkan untuk saya, keluarga dan teman-teman
Ahli keluargaku dan teman-teman ku yang muslim dan yang belum lagi kembali kepada fitrah, berselawatlah banyak-banyak ke atas baginda, supaya rasa kasih dan cinta terus mekar dan membuak-buak di dalam dada kita semua sementara menunggu saatnya kita bertemu muka dengan baginda. Setiap selawat yang kita ucapkan, yang kita ingatkan dalam hati dan minda, insyallah Allah akan sampaikan kepadanya junjungan mulia dan apabila kita bersua muka dengan baginda nanti, baginda akan ingat dan kenal akan kita.
Allahummasoliallah saidana Muhamad, waala ahli saidana Muhamad.
Ikhlas dari saya; Adnee
kredit to http://www.pekanrabu.com/zubir/wahyu.html
Saya terfikir-fikir mengapa ada manusia yang sangat kejam kepada Rasulallah saw, mengadakan cerita yang bukan-bukan terhadapnya, mengapa baginda dihina dengan begitu sekali, tidakkah manusia-manusia itu dapat membayangkan betapa baginda bimbang untuk meninggalkan kita yang tidak pernah dikenali oleh baginda, sehinggakan di saat akhir baginda ingin menghadap Allah Taalah yang dirindunya, baginda masih lagi menyebut-yebut akan umatnya, bimbang akan akidah umatnya yang terpesong selepas ketiadaan baginda. Sememangnya zalimlah manusia-manusia itu yang sengaja membuat cerita yang bukan-bukan/ menfitnah terhadap baginda junjungan. Setiap kali membaca kesah ini saya akan mengalirkan air mata kerana pertama - saya berterima kasih kepada junjungan mulia kerana telah sampai ajaran agama suci ini ke sudut dunia ini dan kedua saya sangat berharap akan shafaatnya baginda nanti semasa saya, keluarga dan teman-teman di padang masyhar. Semoga segalanya dipermudahkan untuk saya, keluarga dan teman-teman
Ahli keluargaku dan teman-teman ku yang muslim dan yang belum lagi kembali kepada fitrah, berselawatlah banyak-banyak ke atas baginda, supaya rasa kasih dan cinta terus mekar dan membuak-buak di dalam dada kita semua sementara menunggu saatnya kita bertemu muka dengan baginda. Setiap selawat yang kita ucapkan, yang kita ingatkan dalam hati dan minda, insyallah Allah akan sampaikan kepadanya junjungan mulia dan apabila kita bersua muka dengan baginda nanti, baginda akan ingat dan kenal akan kita.
Allahummasoliallah saidana Muhamad, waala ahli saidana Muhamad.
Ikhlas dari saya; Adnee
No comments:
Post a Comment