21 September 2012

Jamuan Perpisahan Kerana Persaraan En Murugesan

Hari ini 29hb September 2012, saya mewakili Ketua Unit memulakan majlis jamuan perpisahan kerana persaraan En Murugesana/l Sandapan, Jaga di jabatan ini. En Muru memilih untuk bersara wajib 55 tahun. dan 19 September 2012 adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai kakitangan Kerajaan malaysia.

Inilah orangnya yang diraikan, beliau mengucapkan terima kasih kepada kami semua kerana telah mengadakan majlis ini untuknya.

En Muru diapit oleh kawan-kawanya dari kiri ialah Din (En Zailuddin), manakala di sebelah kanannya ialah Guna dan Kamal.

En Muru dengan diapit oleh sahabat-sahabatnya menerima hadiah yang tak seberapanya dari kami. Supaya setiap kali dia melihat cermin dan gambar ini, mudah-mudahan dia akan teringatkan kami.

Yang diraikan memulakan jamuan makan.

Dan diikuti pula oleh kami.......

kelihatan Oleen, Nina, Maya dan Tok Jah sedang mengurungi buah-buahan dan kek.

Tok Jah, Zul dan Kak Limah yang turut hadir sama memeriahkan dan meraikan majlis kami ini.

No comments: