10 September 2012

Kenapa La Badan Saya Gatal-Gatal

Elok je lepas behari raya, tiba-tiba badan saya diserang gatal-gatal. Tak tahu apa sebabnya terkena menyakit ini.... rasanya mungkin disebabkan oleh makanan berminyak atau berlemak yang lebih, maklumlah semasa puasa semua itu saya tidak ambil jadi sistem dalam badan jadi ok... Dah macam-macam ubat saya makan tapi macam tidak menunjukkan kesan. Gatal-gatal makin menjadi-jadi, rasa geram juga sebab kulit dah bercalar balar... semasa gatal tu memang sedang digaru dan ada kalanya hingga menjadikan luka kecil. Tempat yang paling teruk diserang gatal-gatal ni di kedua bahu dan leher saya... ada kalanya saya mandi berkali-kali bagi tujuan untuk membuang abuk-abuk yang mungkin melekat yang menyebabkan gatal, tapi tak apa-apa pun dan bila gatal tu nak datang dia datang jugak.

Esok kalau tidak ada perubahan, mungkin saya akan berjumpa doktor dan minta dicucuk sahaja.... dan ada juga makluamn yang saya peroleh gatal-gatal yang saya alami ini mungkin disebabkan oleh makanan ataupun cacing yang ada dalam badan. Saya salah satu tindakan saya akan mengambil ubat untuk membunuh cacing yang mungkin ada dalam badan. Dah tua-tua pun ada cacing lagi ke????

Yang menghairankan adik saya Ain juga mengalami masalah yang sama....

2 comments:

Ayu Mohamad said...

Dah ok ke gatal2? Sy pon kena jugak tp doc kata tu eczema...

Unknown said...

Ayu,

Alhamdulillah lepas saya cuba 2 perkara berikut:

1. Saya ambil buah tunjuk langit yang pahit tu 3 kali sehari dan

2. Saya mabil ubat cacing zental 2 biji malam (sekali sahaja).

Rasa gatal tua da juga tapi tidaklah menjadi-menjadi macam sebelum ini. Adik saya juga mencuba ambil zental dan sedang dalam proses pemulihan rasanya.

Saya doakan ayu cepat baik sebabnya bila kita kena gatal-gatal ni macam kera kena belacan kan. Deritanya.....