Hari ini anak saudara saya Amirudin (Amir Ain) sedang menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Sejak kelmarin lagi saya telah memohon doa ke hadrat Allah Taalah supaya Amir dikurniakan dengan rasa selesa dan mudah menghadapi peperiksaan ini. Semoga Allah swt memberikan dia kesihatan yang baik kefahaman dan ketenangan supaya hari-hari yang dilaluinya tidak terhalang.
Jadual peperiksaan sekolah kerajaan di Malaysia adalah seperti berikut:
UPSR - 11 hingga 13 September;
PMR - 9 hingga 11 Oktober dan 15 hingga 16 Oktober;
STAM - 16 hingga 18 Oktober dan 22 hingga 23 Oktober; dan
SPM - 5 November hingga 6 Disember
2 comments:
alhamdulillah nampaknya dia gembira lepas peperiksaan...dan dia tidak putus-putus minta orang doakan tuk dia...insyaallah hari jumaat nanti dia akan teman kan ain ke rumah akak..mana akak dapat gambar dia ni???
Akak pun mendoakan agar segalanya dipermudahkan Allah untuk Amir. Akak tak mahu menjadikan peperiksaan pertama yang diduduki ini bagai mimpi buruk yang menjadikan dia takut sepanjang hidup dia. Lulus atau tidak kita kena redha awal-awal lagi dan jika dia selesa dengan peperiksaan ini nanti mudahlah dia untuk menghadapi peperiksaan yang lain. Ini gambar lama masa mereka semua serang katil akak 4-5 tahun lepas.
Post a Comment