Tidak ada hadiah yang istimewa yang saya berikan kepada Ain sempena harijadi dia pada 16 September ini. Saya menyambut ulang tahun hari lahir dia awal sehari iaitu pada 15 September 2012 memandangkan pada keesokan harinya iaitu pada 16 September Ain dan Amir akan bertolak balik ke Tampin.
Kali ini emak tidak dapat datang sama kerana emak menghadiri kenduri Azmee untuk menunaikan ibadat hajinya. Azmee akan bertolak ke Mekah pada 24 September ini nanti. Semoga segalanya berjalan lancar dan harap Allah mengkurniakan haji yang mabrur untuk dia. Kalau tidak silap tahun ini adalah haji akbar. Untungnya....
Seawal jam 10 pagi saya, Ain dan Amir telah berada di Carrefour Wangsa Maju. Mula-mula kami membeli buku untuk Amir dan kemudian saya belanja Ain untuk mengurut kaki di Manjakaki. Selepas itu kami menjamu selera di Jom Bali untuk makan tengahari.
Amir sedang menikmati Mee Goreng Ketamnya dan ABC dia sudah menunggu.
No comments:
Post a Comment