Baru-baru ini Jabatan saya telah membina 2 buah tempat menunggu yang kami gelarkan sebagai Gazebo Jabatan bertujuan untuk memberi kemudahan berteduh dan menunggu kepada staf dan pelawat. Biasanya Jabatan kami menjadikan bahagian hadapan Dewan Dato' Asiah sebagai tempat mengambil dan menurunkan peserta-peserta kursus anjuran Jabatan ini.
Maklumkan Jabatan kami kecil dan ruang menunggu di tempat lain memang tiada, ditambah pula dengan kesibukan Stesen Bas Jalan Duta yang letaknya betul-betul di hadapan Jabatan ini menambahkan lagi kehirukpikukkan dan bagi memastikan keselamatan staf dan guru-guru serta murid-murid ini sahaja yang mampu disediakan oleh Jabatan ini.
Walaupun begitu hiasan bahagian depan Dewan ini dititik beratkan juga oleh Jabatan, memandangkan ianya adalah pintu masuk ke Jabatan. Sebaik sahaja sesiapa sahaja memasuki Jabatan, Gazebo dan Dewan Dato' Asiah yang menyambut kedatangan mereka, jadi mencantikkan kawasan ini diberikan usaha serius. Cantikkan bunga ini menyerlahkan lagi kawasan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment