14 September 2012

Beli Bunga di Sungai Buluh 7 Sept 2012

Pada 7 September 2012, saya bersama dengan Masturah Md Isa dan pemandua Zul bergerak ke Sungai Buluh untuk mencari bunga yang sesuai untuk menghiasi beberapa lokasi di Jabatan ini. Melihat bunga-bunga yang bergantungan cantik menjadikan saya teruja untuk membeli semuanya, sayangnya peruntukan yang ada agak terhad.

Tengok tu, masyallah cantiknya kejadian Allah ini. Sayangnya bila kita tanam di rumah atau di pejabat tak mahu pula ia menjadi seperti itu. Apa masalahnya.....

Kaktus juga merupakan kegemaran saya.... dulu saya banyak juga menanam kuktus ini tetapi akhirnya semua menjadi sia-sia kerana hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Jadi simpan gambar pun jadilah kan???

Pokok cili padi panjang dan turun sesuai untuk dijadikan hiasan sahaja.

Zul sedang khusuk mendengar penerangan dari nyonya yang menjual bunga tips dagaimana untuk menanam dan memelihari pokok bunga.

Ini pokok mangga yang saya beli untuk dihadiahkan kepada Jabatan.

No comments: