Ibrahim
bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "3 macam sifat yang tidak dapat selamat
daripadanya walau seorang pun iaitu:
Buruk sangka;
Hasad dengki; dan T
akut sial kerana sesuatu.
Buruk sangka;
Hasad dengki; dan T
akut sial kerana sesuatu.
Lalu
ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab
Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika
menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika
hasad dalam hatimu maka jangan kau
lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka
Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika
su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki
mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara
burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka
teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Nabi
Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang
baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial
kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan
jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.
Ibn
Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa
ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud):
"Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan
tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu
yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.
Abul
Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan
jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba
Allah sebagai saudara."
Mu'awiyah
bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari
hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata
pada musuhmu."
Abul
Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab
penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud
iaitu:
Risau hati yang tak putus-putus;
Bala
yang tidak berpahala;
Tercela
yang tidak baik;
Dimurka
Allah s.w.t.; dan
Tertutup
padanya pintu taufiq
Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya" Ditanya: "Siapakah
musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah
s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t.
yang diberikan kepada manusia."
Malik
bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap
siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab
di antara mereka ada rasa iri hati dan hasud-menghasud."
Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab
(perhitungan amal) iaitu:
Pemerintah
kerana zalim;
Orang
kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan);
Kepala
desa kerana sombong;
Pedagang
kerana kianat;
Orang
dusun kerana kebodohan; dan
Ahli
ilmu kerana hasud
Yakni
ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu
seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak
timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t.
mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu
min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang
kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."
Seorang
cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu
pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis
laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah
Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil
kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi
idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal
muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam
ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang
lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya:
"Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."
Al-Ahnaf
bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak
berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan
bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada
budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).
Seorang
hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai
orang yang dianiaya daripada penghasud."
Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak
dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati
padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli
neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"
Alhasan
Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap
saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud
itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada
orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau
hasud kepada orang yang akan masuk ke neraka?"
Abul
Laits berkata: "3 macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
Orang
yang makan haram';
Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang); dan
Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang); dan
Siapa
yang di dalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin.
Ibn
Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu: Seorang
yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang
malam (diamalkan)
Seseorang
yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam. Ertinya:
Orang boleh hasud untuk sedemikian ini
Abul
Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan
itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin
berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman
(Yang berbunyi): "Wala tatamannau
maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan
menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas
yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang
berbunyi): "Was'alullaha min fadh lihi." (Yang
bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."
Maka
kewajipan tiap muslim membersihkan dari hasud sebab hasud itu menentang hukum
Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seorang
hamba yang diridhoNya.
Al-alaa'
bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya
kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama
muslim?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak
kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:
Jika bertemu harus diberi salam;
Jika
mengundang harus didatangi;
Jika
diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar;
Jika
bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah;
Jika
sakit harus diziarah; dan
Jika
mati harus dihantar jenazahnya.
Abul
Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad
s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.
kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh
Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat
dan sempurnakan di dalam mandi itu sebab di bawah tiap helai rambut ada
janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab
Nabi Muhammad s.a.w.:"Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan
benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan
dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang
taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan
perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka
Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang
makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t.dan jika rukuk maka letakkan kedua
tapak tangan di lututmu dan renggangkan
jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun
dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota di tempatnya, dan jika
sujud maka letakkan wajahmua di tanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk
makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika
duduk di antara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan
kedua bokongmu di antara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki di tanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat
sembahyang yang tidak sempurna rukuk
sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati
kepadamu engkau sedang berwuduk, maka
engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam
kepada keluargamu, supaya banyak berkat
rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu
supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa
ketika keluar maka akan kembali sudah
diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang
muslim sebab itu dari ajaranku maka
siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku
disyurga. Hai Anas, jika engkau
melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah
istirehatmu."
Di dalam
ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada
dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi
tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama
Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan
hatinya dari rasa dengki
dan hasud sebab termasuk amal yang utama.
Abul
Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid
bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua
kasutnya dengan tangan kirinya."
Maka
tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam
ia duduk bersama kami. Kemudian pada
esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu
seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga
sama seperti hari pertama dan kedua, dan
ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu:
"Telah terjadi pertengkaran sedikit
antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau
tidak keberatan maka saya akan bermalam
dirumahmu selama itu?" Jawabnya: Baiklah." Anas berkata:
"Abdullah bin Amr menceritakan
bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak
bangun malam, hanya jika tidur berzikir
sehingga bangun fajar dan jika berwuduk
sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya
sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih
dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam
saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata
kepadanya: "Sebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi
saya telah mendengar Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli
syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka
saya berusaha bermalam di rumahmu untuk
meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya
menyebabkan engkau sehingga Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan
apa yang sudah engkau lihat itu." Maka
pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku
tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak
irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat."
Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda sedemikian itu dan
itulah yang tidak dapat kami lakukan."
Seorang
cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima
hal iaitu: Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain. Dia
tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata:
"Mengapa Engkau membagi begini?" Ia bakhil terhadap kurniaan Allah
s.w.t.
Dia
menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan
kepadanya.
Dia
membantu kepada iblis laknatullah
Orang
yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat
(kutukan) dan benci, dan jika sendirian
hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan
dan dihari kiamat kecuali malu dan
siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."
No comments:
Post a Comment