Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberikan hidayah kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Felda Bukit Senggeh untuk membina tembok penghalang pusara. Sebelum ini kami telah membina tembok di kawasan pusara ayahanda kami sahaja bagi menghalang tanah runtuh dan larut semasa hujan lebat. AJK telah membina tembok di sepanjang kawasan kubur tersebut. Kini tembok itu bukan sahaja dapat menghalang tanah runtuh tetapi memberikan pandangan kawasan kubur yang lebih kemas dan cantik. Di samping itu juga AJK Masjid juga telah memasang beberapa batang lampu dan membina 1 lagi tangga untuk kemudahan pengunjung. Sekali lagi aku ucapkan alhamdulillah syukur kepada Allah.
Hari pertama semasa mengunjungi pusara ayah, aku dapati pusara ayah masih lagi dalam keadaan yang sangat kemas walaupun dah hampir 2 minggu tak dikunjungi dan dikemaskan. Hanya rumput di kaki pusara agak tinggi. Setiap pagi saya akan memotong dan trim rumput yang tinggi. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas menyebabkan rumput lambat tumbuh, walau bagaimanapun kebanyakan pusara lain dah semak dengan rumput liar.
Emak sedang baca Surah Yasin di suatu pagi di pusara ayah. Ini merupakan amalan kami, setiap pagi sebelum 8 pagi kami dah tiba di pusara ayah dan petang selepas jam 6 kami dah bertolak dari rumah yang jauhnya 1 km untuk menziarahi pusara ayah. Ini semua tertakluk kepada cuaca yang tidak hujan.
Bila lagi agaknya aku dapat ziarah pusara ayah???????? bila??????
No comments:
Post a Comment