23 January 2011

Percutian Jakarta/ Bandong Indonesia

Pada April 2008, saya dan rakan-rakan sepejabat dan beberapa kenalan yang lain telah bercuti di Bandong dan jakarta Indonesia. Banyak tempat yang kami kunjungi, selain dari membeli belah (acara utama), kami juga dapat mempelajari budaya masyarakat di sana. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Taman Mini Malaysia. Aku pernah ke sini pada tahun 2000, iaitu 8 tahun dahulu. Banyak juga perubahan yang dilakukan di taman ini, tetapi beberapa bangunan nampak macam dah buruk sahaja.

Saya juga akan menulis tentang kunjungan pertama saya ke Indonesia pada tahun April 2000. Supaya sahabat-sahabat sekelian dapat melihat perbezaan atau perkembangan Taman ini nanti. Okeylah, Ini adalah rumah masyarakat minang, rumah ini besar luas, penat juga kami berpusing-pusing di dalamnya melihat peralatan yang digunakan oleh masyarakat ini. Seni bina rumah ini sangat yang unik dan cantik.

Bergambar beramai-ramai di kolam air panas (saya dah lupa namanya). Kami dah sangat letih masa ini kerana baru sahaja turun dari pergunungan berapi Tangkuban Parahu. Tangkuban Perahu mendapat namanya dari cerita metos/ lagenda tersendiri, manakala tangkuban bermaksud terbaik dan makna parahu adalah perahu, oleh itu Tangkuban Parahu adalah perahu terbalik.

Saya bersama salah seorang sahabat saya, iaitu Puan Abidah Zahari yang sama-sama dalam rombongan kami. Kami bergambar di hadapan gerai-gerai di kaki gunung Tangkupan Parahu, sebelum kenderaan khusus yang mengangkut kami ke atas tiba. Cuaca di sini sejuk dan selesa bagi saya. Kami juga membeli beberapa cenderahati untuk di bawa balik ke tanah air.

Di bawah adalah gambar kawah Tangkupan Parahu. Kalau tak silap perkataan tangkupan parahu adalah dalam bahasa Sunda.


Cerita mengisahkan Dayang Sumbi yang tinggal di Jawa Barat, dia telah membuang anaknya Sangkuriang. Setelah bertahun-tahun di pengasingan, Sangkuriang memutuskan untuk kembali semula ke tanah tumpah darahnya. Disebabkan oleh lama berpisah anak dan ibu tidak mengenali antara satu sama lain. Sangkuriang telah jatuh cinta kepada ibunya Dayang Sumbi dan bercadang untuk menikahinya.

Walau bagaimanapun Dayang Sumbi mengenali anaknya apabila terpandang akan tanda lahir yang ada pada tubuh Sangkuriang. Untuk mengelakkan perkahwinan tersebut, Dayang Sumbi meminta Sangkuriang untuk membina empangan di sungai Citarum dan membina sebuah kapal besar untuk menyeberangi sungai itu, pembinaan tersebut mesti berlaku sebelum matahari terbit.

Sangkuriang bermeditasi dan memanggil hejo mistik raksasa seperti makhluk-buta atau raksasa hijau untuk melakukan pemujaan dan tugas tersebut hampir siap dilaksanakan. Apabila Dayang Sumbi melihat tugas tersebut hampir selesai dan telah meminta pekerja untuk mengebarkan kain sutera merah di sebelah timur kota, untuk memberi kesan matahari terbit.

Melihatkan pantulan cahaya kain tersebut, Sangkuriang telah tertipu dan percaya bahawa dia telah gagal membina empangan seperti yang dijanjikan. Maka dia telah menendang perahu yang belum selesai, mengakibatkan banjir dan perahu tersebut terbalik.

Saya bergambar kenang-kenangan bersama dengan pemandu pelancong kami, Bapak Adie... seorang yang baik hati dan juga seorang yang rajin.

Saya bersama dengan Puan Jamsiah dan Puan Abidah di salah sebuah hotel yang kami menginap. Saja berehat setelah balik dari bersiar dan membeli belah di Bandar Bandong. Bandong boleh dikatakan sebuah bandar untuk bershopping terutamanya bagi pakaian muslimat dan peralatan pengantin. Harganya memang sangat murah dan kalau dibuat berniaga di Malaysia harga boleh digandakan sehingga 4 hingga 5 kali.

Saya bersama-sama dengan Puan Jamsiah di Taman Mini Indonesia. Kami sedang menunggu bas setelah tamat lawatan. Seronok tetapi badan dah penat, dan perut dah lapar. Cerita tentang makan di sini, kalau sahabat berhasrat untuk berkunjung ke sini, perhatikan betul-betul tempat makannya, yang pakai tudung dan songkok tan semestunya halal. Jangan segan untuk bertanya kepada penduduk tempatan... atau makan sahaja di Restoran yang sederhana atau besar... harganya pun bukannya mahal sangat.

Kami bergambar beramai-ramai di hotel penginapan di Bandung bersama dengan agen Titian Permata Travels and Tour. Kalau ada umur dan rezki, semoga kita semua akan jumpa lagi. Insyaallah.

1 comment:

Unknown said...

as slm puan....sy trnampak gambar Abidah...kawan kelas sy semasa kami d tkc...puan ada contact no Abidah...harap dpt brhubung dgn sy yer...harap sgt2. x pernah jumpa Aby after 1979....