02 January 2011

Catatan Perjalanan - Genoa, Italia

Genoa atau Genova adalah sebuah bandar yang agak lama di Itali, bandar yang popular dengan pelabuhan kerana kedudukannya di pinggir teluk. Walaupun bandarnya agak lama, tetapi pembangunan dan permodenan jelas kelihatan. Untuk mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai bandar ini kawan-kawan boleh melawat web berikut:- http://en.wikipedia.org/wiki/Genoa. Saya ke bandar ini pun kerana tugas rasmi yang perlu diselesaikan.

Saya bergambar di antara lorong-lorong yang banyak di bandar ini, yang rata-ratanya mempunyai banyak pula kedai-kedai kecil atau gerai-gerai cenderahati. Cenderahati yang dijual di sini adalah lebih murah jika dibandingkan di kedai-kedai besar. Diperhatikan kebanyakan pengunjung luar negara lebih suka membeli di kedai/ gerai sebegini kerana harga masih lagi boleh ditawar. Walau bagaimanapun urusan tawar menawar agak sukar kerana kebanyakan orang Itali tidak suka/ tidak tahu berbahasa Ingeris. Jadi berkomunikasi secara signal tangan sahaja.


Foto ini diambil di salah sebuah restoran di pantai Genoa, kami diundang oleh salah seorang sahabat yang sama-sama bertugas disini, beliau adalah rakyat tempatan - kami diundang untuk makan malam bersama mereka, sayangnya kami tiba di sini awal petang malangnya restoran ini masih lagi tutup, semua payung, meja dan kerusi belum dibuka dan disusun. Saya terlupa nama pantai dan restoran ini, tetapi ianya agak popular juga.

Kapal di belakang saya adalah kapal lama, macam tongkang je dari sudut pandngan saya. Kapal ini dijadikan pertunjukan kepada orang ramai. Dipercayai kapal ini tidak digerakkan dan dijadikan seperti muzium. Genoa adalah merupakan bandar pelabuhan, jadi kapal dan bot adalah kenderaan yang sinonim dengan bandar ini. Genoa juga adalah bandar yang berkepakaran dalam membuat dan membina pelbagai jenis kapal serta membaiki kapal. Salah sebuah shipyard yang kami jumpa adalah Fincantieri Shipyard.

Bergambar di hadapan Hotel Antiche Dimore di waktu pagi, sementara menunggu kenderaan yang disewa tiba untuk membawa kami ke lokasi bertugas. Kami bertugas selama 3 hari - dari pagi sehingga petang. Hotel ini adalah merupakan bangunan lama yang terpelihara, reka bentuk yang unik dan antik serta terpencil. Kedudukannya di atas sebuah bukit yang kecil. Laluan untuk ke hotel ini agak kecil dan berbengkang bengkok.


Permandangan teluk yang cantik dari Hotel Antiche Dimore yang terletak di atas sebuah bukit.

Kerana tugas yang banyak dan perlu disiapkan, kami tak dapat nak meronda bandar Genoa. Rasanya macam kena pergi semula untuk melancong. Tapi entah bilalah agaknya......

3 comments:

Keris Laksamana said...

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Bila nmpk aje perkataan GENOA,ITALIA..teringat sewaktu sampai di sana,ada juga ler 2-3 kali kesana.memang rasa xpuas..
Bila npk aje kapal lama di dalam gmbr tue,teringat kpd gambar kapal yg saya tangkap dekat dgn akuarium kat DOWNTOWN,,lihat lorong2 tue mmg benar byk yg jual cderahati wlupun dgn Euro duit nya,waktu tue 1 Euro= RM 2.50...tue pun br lg digunakan mata wang EURO.
selain GENOA,saya jg pernah smpai di SICILIA(agusta,catania dan jg
berhampiran dgn Lazio kalu x silap saya.
kadang tue tringi jg nk tujuk gmbr yg diambil di luar negara..mgkn blum tiba masa

keris Laksaman said...

assalamualaikum..,
bertuahnya dpt pergi sana..saya amat suka ke eropah,teutama Italia,
Spain,fran dan tukish
saya juga pernah ke Genoa 3 kali.. mmg best sangat..saya suka sejarah bila lihat bangunan lama di Eropah terasa di zaman lampau..
selain genoa..saya jg pernah sampai di Sicilia,sicily,catania,Palermo
serta dekat ngan lazio..mmg best sgt bila smp disana

Unknown said...

Walaikumusalam KL, apa kata saya sarankan kepada saudara untuk mula membuka blog sendiri.... tulis dan ceritakan pengalaman saudara.. tentunya sangat menarik. Selepas itu maklumkan kepada saya supaya saya boleh follow blog terebut untuk berkongsi pengalaman dan idea...

Sekaranglah masanya... takut-takut nanti Allah tarik pulak masa yang ada ni.

Harap dipertimbangkan..