Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
07 January 2011
Felda terabai dari jalur lebar
Pencapaian diutamakan dan rakyat diutamakan. Betul ke??????????? Dari segi ekonomi mungkin slogan ini boleh dikatakan benar..., tetapi bagaimana dengan perkara lain seperti bidang komunikasi... Mungkin jika kita berada di bandar masalah komunikasi tidak jelas. Tetapi apabila saya dah balik ke Felda slogan tu saya rasakan macam tak betul je!!!! atau slogan itu tidak menyeluruh, apa tidaknya tak usah nak kata jalur lebar, untuk dapatkan connection EDGE atau GPRS pun susah sangat. Agaknya Menteri terlaung-laung sendirian ke???? atau mungkin ramai 'orang-orang besar' terfikir bahawa 'orang Felda' ni tak reti gunakan internet kot!!!!!
Inilah masalahnya bila balik ke Felda, memang tak de kemudahan internet langsung. Komplin dan berbakul-bakul kami ajukan, tak usah kata service provider dah feed-up dengan kita, kita sendiri pun dah malas nak komplin lagi sebab tidak ada tindakan. Jadi slogan rakyat diutamakan tu mungkin berguna hanya di bandar-bandar besar je. Yang bagusnya, bila menteri mengucapkan slogan tersebut semasa kempen di kampong-kampong, orang kampong boleh bersorak dan bertepuk tangan, apa yang mereka faham agaknya. Dan Menteri akan balik ke bandar-bandar besar mereka dengan puas hati dan berharap pilih raya kali itu mereka akan menang besar. Kelakar juga....
Agaknya ini sebabnya anak-anak Felda tak suka balik kampong sebab sukar untuk berhubung dengan dunia luar atau lebih famous dunia tanpa sempadan. Jadi tinggalkan orang tua masing-masing tanpa dijengah oleh mereka.
Setiap kali saya ke Bandar Jasin, saya terpaksa pikul Note-book, tujuannya satu sahaja, iaitu untuk mendapatkan akses internet takkiralah kat mana-mana je, dapat sejam dua pun jadilah.
Saya tak nak cerita panjang tentang slogan dan isu yang saya hadapi, nanti ada hati dan jiwa yang punah dan kecil hati... Apa yang boleh saya dilakukan...tunggu je!!!!!
Labels:
Broadband,
FBS,
Jalur Lebar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum ,
memang betul apa yg dikatakan,jgn disalahkan mana2 pihak.tepuk dada tnya....
persolannya,adakah kita mamapu memuaskan hati semua pihak,cthnya pegawai bawahan kita..adakah kita dpat merealisasikan segala kemahuan kita,
begitu juga dgn pihak yg menyediakan jalur lebar @ komunikasi.bkn nak memenangkan @ menyalahkan mana2 pihak..tapi berfikir lah secara rasional... sama lah kita berfikir dan jg membantu..
Post a Comment