Sekarang ni saya ada di Klinik Pergigian Guna Jasin Melaka dan Emak sedang service giginya. Rupanya banyak juga gigi mak yang kena repair dan ada yang kena ganti (gigi palsu) yang paling utama adalah gigi bawah sebelah depan emak kena cabut sebatang dan selepas ini kenalah buat gigi palsu.
Baru hari ini aku tahu rupanya di Jasin hanya ada sebuah sahaja Klinik Gigi swasta selain daripada Klinik Pergigian Kerajaan. Sebelum ini kami dah ke Klinik tersebut, tetapi untuk buat gigi kita kena tunggu 4 hingga 5 bulan hanya untuk dipanggil mengambil ukuran gigi dan selepas itu tak tahu berapa lama lagi untuk tunggu gigi siap.
Dalam membuat gigi palsu, rupanya ada 3 prosedur, iaitu ambil ukuran, cubaan dan collection. Mengikut klinik ini gigi palsu mak boleh siap dalam seminggu dah boleh dicollect.
Selepas ni kami nak pergi ke rumah Mak Lang.
No comments:
Post a Comment