Utusan Online pada 15/01/2011 4:57pm
JITRA 15 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.
Beliau berkata, provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka.
"Jadi jangan sentuh soal ibadat orang Islam,” katanya dan mengingatkan pihak terbabit tidak menggunakan parti-parti politik untuk menguji orang Islam dengan isu agama demi kepentingan politik mereka.
Jamil Khir diminta mengulas isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, baru-baru ini.
Beliau yang ditemui pemberita pada majlis ramah mesra pegawai penyelaras masjid daerah, imam dan guru KAFA (Kelas Agama dan Fardu Ain) di di sini hari ini berkata, surat pengadu yang diterimanya turut dihantar kepada Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kita membuat kajian dan pantau apa sebenarnya berlaku. Adakah pembesar suara di pasang 24 jam atau ia hanya dipasang apabila masuk waktu (solat)?
"Islam telah diterima semua pihak sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi kini terdapat musuh politik yang cuba mengganggu-gugat perkara yang disepakati bersama,” katanya. – Bernama
Saya sangat setuju dengan Datuk Seri jamil Khir, pada saya saya nak tanya.. siapa mereka untuk mempersoalkan aktiviti umat Islam di negara ini, aktiviti azan tu dah lama di negara ini, mungkin sebelum datuk nenek mereka tiba dari Negara China dan India. Negara yang pada awalnya dimiliki oleh orang Melayu yang beragama Islam yang berkembang dari Kesultanan Melayu Melaka dan perkembangan Islam dari Kelantan dan Terengganu.
Saya bukan ingin mengapi-apikan orang Melayu lain, tetapi kita kena ingat balik bahawa negara ini memang dipunyai oleh kita. Itu sebabnya perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahawa agama rasmi negara ini adalah negara Islam (pada masa itu mereka pun tak kisah kerana mereka pada masa itu adalah pendatang dah diterima sebagai rakyat oleh Raja-Raja Melayu pun mereka patut bersyukur) .... nasib baik ada tercatat begitu dalam Perlembangan, kalau tidak kita pun tak tahu apa jadi dengan orang-orang Melayu kini (lebih buruk kita kurang kekuatan ekonomi dan sosial).
Apabila dah berlaku begini, masih lalai lagikah anak-anak muda Melayu????... sedarlah wahai generasiku dah tiba masanya untuk kita membuat perbandingan dalam pelbagai segi. Suluhlah dan mulailah dari jiran di kawasan rumah kita, kemudian di pejabat - apa yang tinggal untuk kita.... tanya pada diri kita... apa yang akan kita buat kalau negara ini tergadai.
Ingat...ingat....ingat bahawa, kita perlu berusaha untuk sekurang-kurangnya kalau tidak menjadi tuan seperti dulu, sekurang-kurangnya boleh memegang semula negara ini supaya dapat menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Saya suka mengulangi semula bahawa sepatutnya nama negara ini tidak patut ditukar kepada Malaysia biarlah ianya kekal sebagai Tanah Melayu kerana banyak pengaruhnya nama tersebut.
Kita makin diasak, didesak dan dicabar - selepas isu azan, Ronnie Lui menghina kita dengan kenyataan untuk menuntut supaya orang Islam dibenarkan bertugas di bidang urusan arak, kini sedang sibuk pula dengan isu Novel Interlok - orang India sudah mula sensitif, hairannya saya kenapa tak sensitif pada 40 tahun lepas, semasa novel ini diterbitkan. Itulah masalahnya kalau terlalu 'mengikut telunjuk' kononnya untuk mengambil hati... ha... kini hati siapa yang sakit... sikit-sikit komplain azanlah dan macam-macam. Tunggu dan kita mungkin akan dengar macam-macam isu menghina orang Melayu dan Islam lagi.
No comments:
Post a Comment