03 April 2015

Tanda-tanda si Comel Tidak Sihat

Gambar Hiasan - Si Baby
Kali ini saya nak kongsi dengan ilmu mengenai si meow. Anda pencita kucing kena tahu tanda-tanda ini.

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Perubahan Reaksi, karekter dan perangai mungkin merujuk kepada "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Dan hari ini, kami akan kongsikan serba sedikit, tanda-tanda yang menunjukkan bahawa si comel anda kemungkinan mengalami masalah kesihatan.

HILANG SELERA MAKAN

Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda hilang selera atau pun makan terlalu sikit dari kebiasaan, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengurangan selera makan adalah;

1. Jemu dengan makanan harian yang sama. Namun campuran pelbagai jenama makanan juga tidak disarankan.

2. Menginginkan makanan lembik/ basah.

3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)

4. Terdapatnya gangguan luar seperti kehadiran kucing lain dsb.

5. Makanan yang diberi tidak menepati citarasa.

6. Sekiranya kucing anda dr kategori outdoor, ada kemungkinan ia telah memakan sesuatu yg ditangkap- hasil buruan.

7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya.

8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.

Sekiranya semua faktor di atas sudah diambil kira, namun masih tidak berselera, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami masalah kesihatan. Jika ini berlaku, disarankan ia dibawa segera ke veterinar yang terdekat. Antara faktor-faktor kucing sedang akit hilang selera makan.

1. Kucing demam.

2. Kucing mengalami masalah pernafasan yang teruk. (tidak dapat menghidu makanan).

3. Dehidrasi (Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)

4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.

5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius dan pelbagai kemungkinan lagi.

SUKAR UNTUK MAKAN.

Hilang selera makan dan susah hendak makan merupakan dua perkara yang berbeza. Kucing yang mengalami kesukaran untuk makan bukan kerana kurang selera makan tetapi berkemungkinan mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan

Faktor-faktor penurunan Berat Badan Kucing boleh berlaku disebabkan 7 perkara:

1. Parasit luar dan Parasit dalaman (Kutu/hama/cacing)

2. Jangkitan Virus (FIV/ FeLV)

3. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)

4. Penyakit Hati. (Liver Disease)

5. Kencing Manis. (Diabetes)

6. Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)

7. Stress.

8. Perubahan Hormon.

Untuk mengetahui mana diantara faktor yang menyumbang kepada masalah penurunan berat si comel kalian, pemeriksaan di klinik veterinar adalah disarankan. Para veterinar akan membuat pemeriksaan rapi dan akan mengenalpasti permasalahan si comel anda.

MUNTAH-MUNTAH.

Muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan antaranya,

1. Gumpalan bulu yang terperangkap di dalam usus. (Hairball)

2. Makan terlalu cepat/ gopoh/ gelojoh.

3. Makan sesuatu yang tidak boleh dihadam.

4. Acapkali menukar makanan.

5. Alahan pada makanan atau bahan-bahan didalam makanan.

6. Jangkitan atau serangan penyakit.

7. Kecacingan yang teruk.

8. Keracunan.

Bagi masalah yang sebegini, juga disarankan rujuk ke veterinar berdekatan untuk kenalpasti punca sebenar si comel anda muntah.

DARAH DALAM NAJIS / AIR KENCING.

Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya masalah yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita kencing berdarah. Salah satu penyebab 'Hematuria' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)" (batu karang atau jangkitan dalam pundi). Sekiranya keadaan ini berlaku pada si comel anda, tindakan segera membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat amatlah digalakkan.

Bagi permasalahan darah yang dijumpai bersama-sama najis. Beberapa faktor yang boleh dikaitkan adalah;

1. Masalah kecacingan yang teruk.

2. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)

3. Keracunan.

4. Masalah cirit birit yang teruk.

DEMAM.

Kucing akan menghidap demam apabila tindak balas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Tetapi, kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti ;

1. Keletihan/Lesu - Tidur lebih lama dari kebiasan.

2. Hilang selera makan.

3. Bernafas dengan laju secara konstan. (Mencungap)

4. Menggigil. Suhu badan yang tinggi boleh mengakibatkan si comel kita berada dalam keadaan tidak stabil seakan-akan menggigil.

5. Bulu-bulu badan yang menegak atau serabai.

6. Tidak memberikan reaksi ketika diajak bermain.

7. Ada kalanya air liur meleleh tanpa sebab.

8. Pucat pada bahagian hidung, mata, gusi, tapak kaki.

Minum pada kuantiti yang banyak dan kerap.

Salah satau dari tanda-tanda si comel kita sedang mengalami masalah kesihatan adalah pengambilan air yang berlebihan. Antara punca terlalu kerap minum, si comel kita mungkin sedang mengalami masalah seperti ;

1. Serangan Virus Parvo

2. Masalah pada kelenjar Tiroid.

3. Diabetes.

4. Mengalami masalah pada buah pinggang.

Tindakan segera untuk dibawa ke Klinik veterinar berdekatan amatlah disarankan sekiranya tanda-tanda ini wujud pada si comel anda.

SARANAN JIKA SEBARANG TANDA-TANDA DITUNJUKKAN.

Sekiranya si comela anda mula menunjukkan tanda-tanda di atas, kami sarankan tindakan pantas membawa mereka ke Klinik Veterinar utk pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya. Tindakan pantas anda mampu mencegah masalah atau jangkitan yang lebih teruk. Mencegah itu sesungguhnya jauh lebih baik dari mengubati. Insyaallah~~

Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.

Sumber: Helo Vet Disini

No comments: