Hansemkan buah hati saya ni. Tentunya anda pun dah kenal dengan dia.. dia adalah Si Baby atau saya panggil dia juga sebagai abang, kerana dia adalah anak sulung Oky dan abang kepada 10 ekor kucing yang lain. Ini foto terbaru abang, kelihatan seperti malu dan tak suka pandang kamera langsung.
Simanja yang tak banyak cerewet dan dia tidak ada langsung perasaan cemburu seperti Si Adik. Abang ni memangnya seekor kucing yang sangat baik. Dia sayangkan semua adik-adiknya termasuk juga 3 ekor kucing yang saya pungut. Dia yang selalu kejutkan saya bangun sekiranya saya terlewat dengan memijak badan dan kaki saya. Semoga dia selalu sihat dan bahagia bersama kami.
No comments:
Post a Comment