25 April 2015

Novel : Sunan Musafir - RAM


Alhamdulillah saya selesai membaca novel ini pada 19 April 2015 bersamaan hari Ahad jam lebih kurang 6.20 petang di rumah saya di Ampang. Makanya berakhirlah kesemua siri novel yang berlanjutan daripada siri Bagaikan Puteri. Novel kedua adalahCinta Sang Ratu diikuti dengan novel Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. 

Dalam novel ini ceritanya adalah cerita dalam cerita yang disampaikan oleh Saifudin aka Laksamana Sunan (LS) dan gelaran terakhir beliau adalah Kiai Kelana. Rupanya LS mempunyai seorang anak teruna dengan Ratna. Ratna rupanya belum lagi meninggal dunia, sebaliknya dia juga adalah Sang Dewi yang diselubungi oleh sumpah ibunda asuhannya Maharani melalui Gimbaran. Akhirnya mereka dapat hidup dengan bahagia di tanah tumpah darah Ratna yang merupakan Buanda Kayangan Putih yang diambil oleh Maharani semasa menyerang Negara Kayangan Bumi.

Penceritaan oleh RAM diakhirkan dengan pameran yang diadakan oleh Abid Kamal yang juga dihadiri oleh Dani, Haryani dan keluarga mereka. Bagus pengakhirannya di mana kebenaran menang sebaliknya batil dan kemungkaran lenyap juga.

Apa kata anda cari kesemua novel ini dan baca !!! Saya juga telah habis membaca novel berjodol Sunan Nanggroe Sang Kembara, yang mengesahkan kehidupan LS dari lahir dan cinta dalam hidupnya... jumpa nanti ....

No comments: