Pada 24 Mac 2015 saya telah dijemput oleh Unit PTK untuk menghadiri Majlis Perpisahan yang mereka adakan untuk Ketua Unit - Puan Jayagowri yang lebih mesra dengan panggilan Puan Gowri dan Encik Khairudin yang lebih mesra dengan panggilan En Din. Majlis sempena pertukaran Puan Gowri ke Labuan manakala ianya juga adalah majlis perpisahan buat En Din sempena persaraan beliau. Foto di atas menunjukkan Puan Gowri sedang memberikan ucapan dan amanat untuk stafnya.
Inilah dia En Din, seorang yang sangat bersahaja dan banyak ilmu. En Din bersara pilihan mungkin nak menemani isterinya yang juga seorang guru yang dah bersara. Apa yang dicakapkan oleh En Din? ianya menjadi kenang-kenangan kami yang pernah bertugas dalam unit yang sama.
Sungguh istimewa, Kek yang memaparkan gambar kartun mereka. Tapi rasanya mereka digambarkan dalam umur belasan tahun, nampak cantik dan hansem kan?
Antara yang hadir sama rakan-rakan yang juga pernah bertugas di Unit ini termasuk Niza dan Ita.
No comments:
Post a Comment