10 November 2013

Personliti 'Tabby Cat'

Dalam post yang lepas, saya ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai Tabby cat, kebetulan kucing saya juga bercorak tabby siap dengan huruf M yang sangat jelas di dahinya. Saya sendiri pun tertanya-tanya adakah kucing tabby ini mempunyai personaliti yang berbeza dengan kucing corak biasa? Jika ada apakah ciri-ciri kucing ini?

Allah swt menjadikan haiwan kucing berpewatakan comel, seronok dipegang dan haiwan ini juga bijak. Namun kucing tabby atau kucing berjalur dikenali sebagai berpewatakan lebih cerdek dan comel. Kucing ini terdapat dalam pelbagai saiz dan warna. Warna mata juga berbeza mengikut baka. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai satu persamaan iaitu tanda berbentuk M yang jelas pada dahi mereka. Ia adalah ciri yang membezakan mereka serta memberi mereka kelihatan lebih unik.

Ciri-ciri Personaliti Tabby

Satu perkara penting tentang kucing berjalur ini ialah, mereka tidak tertakluk kepada sesuatu baka kerana corak berjalur boleh didapati di hampir semua baka kucing. Oleh kerana mereka bukan warisan baka jadi bolehlah dikatakan bahawa tabbies tidak mempunyai personaliti yang berbeza, atau ciri-ciri tertentu pada mana-mana kucing berjalur.

Walaupun tabbies bukan dari sesuatu baka yang tersendiri, majoriti pemilik kucing berjalur pernah melaporkan bahawa kucing mereka mempunyai ciri-ciri tertentu yang sedikit sebanyak ada perbezaan daripada watak kucing corak lain. Ciri-ciri tingkah laku seperti yang dilaporkan oleh pemilik seperti berikut:

*    Tabbies amat suka bermain dan mesra dengan alam semula jadi dan tidak suka menyendiri seperti mana kebanyakan kucing domestik;
*    Mereka suka berkeliaran di kalangan keluarga mereka dan biasanya lebih rapat kepada orang tertentu di dalam rumah;
*    Mereka sangat selesa dengan alam semula jadi dan suka menjadi pusat perhatian. Mereka juga suka berkongsi katil dengan pemiliknya;
*    Pemilik mengatakan bahawa tabbies sangat santai dan suka menghabiskan masa mereka bersenang-senang'
*    Selain itu, mereka seolah-olah menjadi lebih tajam dan lebih bijak daripada kucing lain.
*    Kucing corak ini juga dikatakan bahawa penyayang dan ceria, dan sentiasa bersedia untuk bermain.
*    Mereka suka dipeluk, duduk di sekitar pemilik mereka, menggosokkan badannya ke kaki pemiliknya. ada yang merujuk kucing corak ini sebagai "anjing di kalangan kucing"
*    Ada kalanya mereka bersikap degil dan sukar untuk dipujuk serta cerewet jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Selain daripada ciri-ciri yang disebut di atas, kucing berjalur juga berkongsi banyak ciri-ciri yang sama dengan kucing corak lain. Namun begitu personaliti kucing berjalur tidak pula bergantung kepada warna bulu.

No comments: