Semalam gelap 10 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan tapuk pimpinan negara kepada penggantinya yang juga Mantan Perdana Menteri ke 5. Alhamdulillah Tun masih sihat dan masih giat dalam memberikan pandangannya kepada rakyat dan pemimpin negara ini.
Sikap sayangkan negara dan rakyat jelas ada pada Tun, dengan inspirasi itu Tun telah membangunkan negara dengan begitu baik sekali walaupun semasa sesuatu projek yang hendak dilakukan mesti mendapat tentangan dari ramai pihak. Percaya kepada tindakannya projek-projek tersebut diteruskan dan kini semua rakyat merasai jasa beliau. Saya ingat lagi semasa beliau membentangkan hasratnya untuk membuat kereta pertama Malaysia, membuat jambatan Pulau Pinang, mendirikan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, membina KLCC dan banyak lagi, pelbagai tohmahan dan cacian beliau terima. Tapi kini semua projeknya berjaya dan dinikmati. Yang lawaknya pihak yang mengtohmahnya yang menikmati sehabis-habisnya.
Tun saya mewakili ramai rakyat Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasamu kerana membangunkan negara tercinta kami ini. Semoga Tun dan keluarga memperoleh kesihatan yang terbaik serta dipanjangkan umur dengan berkat. Kami sangat berharap agar adalah nanti waris Tun yang bakal menjadi seperti Tun, mohon tunjukkanlah dia jalan itu, jalan menjadi seorang yang berpandangan jauh, berbudi bahasa, mempunyai integriti yang tinggi dan yang paling penting ketaatannya kepada Iilahi tidak berbelah bagi. Insya Allah semoga dia juga nanti menjadi seorang yang hebat seperti Tun. Akhir kata dari saya negara ini belum dapat pemimpin yang boleh menandingi Tun.

No comments:
Post a Comment