29 November 2013

Gaya Tidur SiKembar Berumur 1 Bulan

Dah besar mereka berdua, dah pandai berjalan walaupun belum kuat lagi. Tapi dah nampak kenakalannya. Mereka suka betul gigit jari-jari kaki dan tangan saya. Walaupun gigit mereka kecil tapi tajam. Sakit juga dibuatnya.

Malam hari mereka dan Oky tidur bersama saya, biasalah saya bangun lewat sikit pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi mereka pula bangun lebih awal dan mulalah mereka nerayap-rayap di atas katil. Pantang nampak jari-jari saya mereka mula mengigit-gigit. Bila saya sembunyikan jari-jari mereka gigit pula hidung.

Gaya Si Baby dan Si Adik tidur berpelukan. Tengok mereka sedang tidur rasa kasihan pada mereka, haiwan yang tidak berdaya dan mengharapkan kita manusia untuk membantu mereka hidup.

Baby tidur atas Si Adik. Maha suci Allah menjadi haiwan ini yang menjadi kesayangan Rasulallah saw dan ramai manusia. Oh ya ayah saya juga adalah pencinta kucing. Ayah suka pungut anak kucing dan bawa balik ke rumah sehingga ayah terpaksa buat ruang khas untuk mereka kerana bilangan mereka yang banyak. Kini ayah dah tiada dan sifat sukakan kucing ada pada semua anak-anaknya. Keluarga kami adalah keluarga yang bercakap dengan kucing. Pelik kan?

Adik tidur atas Si Baby. Comelkan anak kucing saya. . . semakin hari saya semakin saya pada mereka dan ibu mereka. Nak kerja luar station pun rasa susah, setakat ni saya terpaksa mencari alasan untuk tidak bertugas di luar station sehingga mereka besar sedikit dan dah boleh ditinggalkan di mana-mana Pusat Boarding.

No comments: