Allah swt menjadikan haiwan yang bernama kucing hidup di persekitaran manusia. Memang ramai manusia yang suka pada kucing, malahan menjadikan haiwan ini sevafai haiwan peliharaan (pet) malahan menjadi teman di waktu kesunyian. Namun, tahukah anda memelihara si comel ini ada juga risikonya.
Kalau dulu saya sering mendengar kata-kata orang tua-tua sekiranya bermain dan tidur dengan kucing seseorang itu akan diserang penyakit lelah. Dan saya memang pengidap asthma (lelah) tapi cinta pada haiwan ini melebihi segalanya. Bulu kucing juga adalah alahan bagi mereka yang mengidapi penyakit kulit, bagi pesakit asthma bulu kucing yang kotor dan berhabuk memudahkan serangan jangkitan. Bulu kucing yang mengandungi kutu kucing juga boleh menyebabkan tangan menjadi gatal-gatal .
Satu lagi adalah penyakit toxoplasmosis, ianya merupakan jangkitan kucing di mana virus ini hidup di dalam usus kucing. Seperti juga penyakit lelah, penyakit ini juga dikatakan bahawa perempuan hamil terutamaya bagi usia kandungan di bawah 4 bulan tidak di galakkan bermain dengan kucing. Kebenaranya adalah bulu kucing merupakan pembawa habuk, habuk dan kotoran mudah melekat pada bulu-bulu kucing.
Toxoplasmosis ini dikatakan boleh menyebabkan keguguran, bukan setakat bulu malahan bau najis kucing juga dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Bagi kes ini, penularanya bukanlah daripada pernafasan tetapi dari tangan, iaitu jika selepas kita memegang kucing kita terus mengambil makanan maka risiko mendapat jangkitan adalah tinggi kerana tangan yang tercemar.
Cakaran dan gigitan kucing juga dikatakan berbahaya kerana lidah dan gigi kucing mengandungi bakteria, apabila dicakar cukuplah di sapu antiseptik.Tetapi ada juga kes mendapat cakaran yang dalam dan banyak, contohnya daripada kucing liar. Jika itu berlaku harus rujuk di klinik bagi mendapat suntikan pencegahan.
Apa-apapun jika kita memelihara kucing jagalah kucing dan persekitaranya dengan bersih. Mandikan dia dengan syampu khas dan jaga diet pemakananya dengan teratur, seboleh-bolehnya janganlah gaul nasi bersama ikan goreng atau memberi nasi dan lauk saki makan kita. Kucing juga makluk Allah hargailah dan peliharalah dengan ikhlas..
Bagi mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan bagi rakan-rakan yang mengalami masalah bulu kucing ini agar anda semua dapat memasang penulen udara (air purifier) bagi menapis udara dari bulu-bulu kucing terutama bagi mereka yang tidur bersama haiwan ini..
No comments:
Post a Comment