Wahai sahabat-sahabatku, tolong jangan diabaikan. Bacalah... dan ketahuilah apa yang berlaku dalam negara kita. Kemudiannya mohon diteruskan doa supaya negara dan agama kita terselamat dari niat jahat mana-mana pihak.
Pada 24 Oktober 2013, Malaysia telah dirujuk mengenai prestasi hak asasinya di Geneva.
Apa yang terjadi?
Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) telah menyediakan satu laporan desakan terhadap Malaysia yang akan dibentang di Geneva. Laporan ini pula didapati menyimpang dan tidak selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa desakan COMANGO yang biadab itu?
Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai "International Covenant on Civil & Political Rights" (ICCPR). Perkara 18 ICCPR menyatakan perkara berhubung hak kebebasan beragama seperti berikut:
"The Committee observes that the freedom to "have or adopt" a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,includingthe right to replace one's current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one's right to retain one's religion or belief . . . ."
Apa kesannya kepada kita di Malaysia?
Penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan PEMURTADAN berlaku secara berleluasa. Pada 23 Okt 2013, satu delegasi seramai 17 orang "Muslim NGOs for UPRo process (MUslimUPRo), yang terdiri kebanyakkannya dari peguam-peguam dari Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia & NGO Islam yang lain telah berlepas ke Geneva, Switzerland bagi melobi menentang usaha jahat COMANGO ini.
Doakan kejayaan Pejuang kita ini:
"Ya Allah, berilah bantuan, pertolongan, taufiq, hidayah dan inayah MU kepada delegasi MUslimUPRo; agar mereka dapat menjalankan beban yang amat berat ini semasa dan sesudah persidangan ini, dengan mudah, selamat dan sempurna."
*UPR - Universal Periodic Review
Wallahualam.
Syed Hussein Alsagoff,
Pasir Gudang, Johor.
Sumber: fb Anti Semua Salah UMNO
No comments:
Post a Comment