Pada 3 November 2013 iaitu hari Ahad, saya dan Lt Kol (B) Noor Sabrina telah dijemput oleh sahabat lama kami Pn Hafisah Haj Ahmad untuk meraikan persandingan anak bungsunya Nor Akmal Farahin binti Haji Ibrahim dengan suaminya Muslim. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Setapak di mana suami Pn Hafisah bertugas sebagai guru. Saya mendoakan agar perkanwinan mereka akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt seperti mana perkahwinan ayah dan ibu mereka. Pesanan saya kepada mereka semoga bertoleransi melayari kehidupan berumah tangga. Cari persamaan dan jurang perbezaan perlu dikecilkan dengan segera.
Kami tiba hampir jam 1 tengahari dan para jemputan sedang tiba,. Kami bernasib baik dapat tempat duduk walaupun berkongsi dengan keluarga yang lain. Sekejap tu tiba beberapa sahabat yang bertugas di HATTM. Antara PW En Aisyah, Pn Salmah dan suami. Kami bertemu dengan Zanita (Ita), dan juga Suhaimi. Lama betul saya tak berjumpa dengan mereka semua.
Saya dan Lt Kol Noor Sabrina bergambar kenang-kenangan bersama dengan ibu pengantin perempuan dan tak tahu bila lagi nak berjumpa.
Terima kasih kerana menjemput kami.
No comments:
Post a Comment