14 September 2013

Pekara yang DAP mahu sorok dari orang Melayu

1.   Kemenangan dan perlantikan pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) DAP adalah secara haram. Sebanyak 753 ahli DAP tidak dipanggil mengundi. Lim Guan Eng mengarahkan supaya menghantar surat kepada ahli kesukaannya yang terpilih sahaja utk mengundi.

2.   Zairil Khir Johari selaku setiausaha Politik Lim Guan Eng, telah direkodkan kalah dengan mendapat 305 undi, tetapi apabila diumumkan dia tiba-tiba telah menang dengan mendapat 803 undi. Pengerusi dalam pemilihan DAP berkata "angka ini tersilap kerana Microsoft Excel itu yang bermasalah" Ini seperti bermakna apabila ahli cina DAP yang bertugas merekodkan angka keputusan itu dengan menekan butang keyboard bernombor 305 tetapi di screen komputer telah terkeluar menjadi 803.

3.   Vincent Wu pula diumumkan kalah mendapat 669 undi, tetapi sebenarnya dia telah menang dengan rekod sahih yang mendapat 1202. DAP tetap menjawab, angka ini tersilap sekali lagi kerana Microsoft Excel itu bermasalah. Sekali lagi memberi makna, apabila petugas cina DAP yang merekodkan keputusan itu menekan butang keyboard 1202, tetapi di screen komputer telah terkeluar menjadi 669. Petugas cina DAP itu berkata, dia tidak dapat membuat apa-apa kerana tugasnya hanya menekan atau menaip semula keputusan yang diberikan. Tetapi apabila di screen komputer menunjukkan nombor berlainan, itu bukan kerana salah dirinya. Ini sebenarnya adalah masalah Microsoft Excel.

4.   Ambiga sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan "kita mesti memaafkan rasuah kecil ini(seperti CEC DAP) supaya negara boleh membangun tanpa halangan, tetapi jika rasuah besar yang dibuat oleh ikan besar kita patut menghukumnya, jika ikan kecil(sepeti CEC DAP) kita maafkan sahajalah, kalau tidak maafkan ia akan menjadi satu halangan utk negara kita membangun"

5.   Seorang anggota jawatankuasa dibawah kawalan Lim Guan Eng itu berkata keputusan itu sepatutnya perlu dikekalkan tanpa sebarang persoalan baik dari ahli DAP. Kesemua calon melayu yang bertanding didalam parti yang dikatakan sebagai 'multi-racial party' telah kalah sepenuhnya. Calon-calon atau pejuang Melayu DAP yang kalah didalam pemilihan CEC DAP yang lepas itu adalah:

-DAP Zairil Khir Johari
-DAP Zulkifli Mohd Noor
-DAP Ariffin S.M Omar
-DAP Ahmad Ton
-DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
-DAP Solaiman Op Syed Ibrahim
-DAP Roseli Abdul Ghani
-DAP Harun Ahmad

6.   Chong Chieng Jen, DAP Sarawak, dan seluruh ahli DAP Sarawak menyokong supaya lebih baik mengikuti sahaja arahan ROS iaitu mengadakan CEC DAP secepat mungkin. Ini kerana jika ia dibawa ke mahkamah dengan bukti-bukti yang mereka ada, ini akan membawa kepada satu lagi masalah yang lebih besar.

7.   Pendedahan dan pembongkaran ini sebenarnya dibuat oleh 753 oramg ahli DAP seumur hidup tentang permasalahan dalam CEC DAP ini. Merekalah orang pertama yang telah membuat laporan. Tetapi Lim Guan Eng dan bapanya yang menjadi watak utama dalam Tanda Putera telah mengeluarkan kenyataan bahawa ini semua adalah konspirasi Umno dan juga salah Umno. Arahan ROS ini sebenarnya hasil tindak balas dari 753 ahli DAP sendiri yang memaksa ROS untuk mengambil tindakan terhadap pemilihan semula CEC DAP. Bertubi-tubi 753 orang memaksa ROS untuk mengambil tindakan keras.

8.   Antara orang yang membuat laporan kepada ROS adalah:
Timbalan Pengerusi DAP Ladang Paroi
Setiausaha DAP Ladang Paroi
Pengerusi DAP Senawang
Timbalan Pengerusi DAP Senawang
dan ramai lagi.

9.   Lim Guan Eng mengulas isu ini berkata; “Mana boleh suka-suka cakap macam itu utk buat CEC DAP semula? Hari ini rasa tidak syok, suruh buat pemilihan semula. Kalau konsep ini dipakai di mahkamah, habislah Malaysia. Hakim kalau tidak syok, terus suruh hukuman dijatuhkan, mana boleh begini.. Sepatutnya ikut sahajalah apa juga keputusan yang sudah buat. Tetapi keputusan PRU13 itu memang tidak betul, keputusannya tidak syok. Jadi tidak mengapalah jika saya suruh rakyat turun ke jalan raya, kerana ini hak rakyat. CEC DAP itu lain, you mana boleh samakan."

Sumber: 

No comments: