Pada 8 September 2013 yang lepas saya menghantar emak ke Yayasan Al Jenderami untuk mengaji ilmu agama Islam. Kami bertolak dari rumah di Felda kira-kira jam 7.00 pagi. Emak dan saya menggunakan kereta saya dan Ain menggunakan kereta dia. Kami breakfast di D' Aisyah Kelubi, Jasin Melaka.
Kira-kira jam 9.30 pagi saya dan emak tiba di Yayasan Al Jenderami. Saya daftarkan emak dan memasuki hotel. Alhamdulillah emak dapat juga bilik di Tingkat Bawah Hotel tersebut. Emak sangat teruja untuk menimba ilmu di sini dan saya jangkakan emak akan dapat mengharungi 10 hari yang akan datang dengan gembira walaupun agak penat.
Jadual pengajian emak agak padat juga untuk warga emas. Tapi semua kelas yang disenaraikan sangat bagus. Walaupun begitu masjid dan kelas tidak jauh hanya di sebelah hotel sahaja. Jadi saya dan adik saya Azmee (yang tiba kemudian) tidak merasa bimbang.
Seronok juga apabila melihat emak dah mula sebuk dengan fail dan kertas. Masa ini saya sudah pun bertolak balik ke rumah di Kuala Lumpur dan emak ditemani oleh Azmee sehingga selesai taklimat.
Bilik hotel ini menempatkan 3 orang penghuni. Biliknya boleh tahan juga besarnya, siap dengan bilik air. Melihat bilik ini saya katakan pada emak macam hotel kat Mekah kan?
Saya bersiap sedia untuk bertolak balik - Oky dan ada dalam carriernya.
Permandangan di luar bilik emak menuju ke pintu utama. Mudah untuk emak dan makcik-makcik untuk berehat dan minum. Melihatkan keadaan yang sangat selesai, saya juga menyimpan cita-cita untuk belajar di sini apabila saya bersara nanti.
No comments:
Post a Comment