Pernahkah anda mengalami telinga berdesing? Pelbagai kepercayaan masyarakat dunia mengenai perkara ini, maka lahirlah beberapa alamat. Tetapi telinga berdesing juga mungkin diakibatkan oleh penyakit tertentu.
Namun begitu dalam Islam telinga berdesing membawa sesuatu alamat di mana ianya juga dialamatkan sebagai panggilan daripada baginda Rasulullah saw. Saya tidak bertemu dengan hadis soheh untuk menguatkan tanggapan ini, tetapi ianya boleh diambil sebagai panduan sahaja.
Apabila seseorang terdengar suara ngring dalam telinga, itu menandakan Sayyidina Rasulullah Saw sedang menyebut orang itu dan supaya dia terus berselawat ke atas junjungan Rasulullah Saw. Perkara ini telah diterangkan dalam sebuah kitab yang berjudul AZIZI 'ALA JAMI'USH SHAGHIR di mana Rasulullah saw menyatakan "Jika telinga salah seorang kalian berdengung (nging) maka hendaklah dia mengingat aku (Muhamad Rasulullah saw) dan membaca selawat ke atasku serta mengucapkan 'zakarallohu man 'zakaronii bikhoirr yang bererti, Allah ta'ala akan mengingat yang mengingatku dengan kebaikan)".
Imam Nawawi berkata : Sesungguhnya telinga itu berdengung, hanya ketika datangnya berita baik ke roh, bahawa Rasululluh saw telah menyebut akan orang itu dengan kebaikan di al mala'al a'la (majlis tertinggi) di alam ruh.
Jadi ambillah perhatian sekiranya anda perasan telinga anda berdering, kerana itu mungkin panggilan dari Rasullullah saw dan beruntunglah anda.
No comments:
Post a Comment