Nama lengkapnya Zubair bin Awwam bin Khuwailid Al-Quraisy Al Asadi, biasa dipanggil Abu Abdillah dan digelar Hawari Rasulullah SAW. (teman setia nabi) Beliau merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
Beliau dilahirkan tahun 28 hijrah. Nasabnya bertemu dengan Nabi pada Qushai. Ibunya adalah Shafiyah bt Absul Muthalib. Ia bernikah denga Asma’ Bt. Abu Bakar, dan antara anaknya adalah Abdullah B Zubair, Urwah B Zubair dan Ursa ibn Zubair.
Beliau merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga) dan merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid Al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.
Rasulullah pernah mempersaudarakannya dengan Salamah B Salamah. Tercatat 7 orang sahabat Nabi yang pernah berwasiat kepada Zubair untuk memelihara anak-anak mereka. Antaranya Uthman, Abdurrahman bin Auf, dan bin Ibn Masu'd. Zubair memelihara anak-anak mereka dan menafkahi mereka dari hartanya sendiri. Ia termasuk antara sahabat Nabi yang kaya raya. Ia meninggalkan harta sebanyak 40 juta dirham.
Ibunya pernah memukulnya, apabila ibunya ditegur, dia menjawab dengan melantunkan syair:
“Aku memukulnya agar ia tangkas menunggang kuda, memimpin prajurit dan menjadi orang yang berguna”
Harapan ibunya menjadi kenyataan. Zubair akhirnya menjadi seorang penunggang kuda yang hebat.
Ia meriwayatkan 38 hadits dari Nabi. Diantaranya, Abdullah bin Zubair berkata, “Aku pernah mengatakan kepada ayahku, Zubair, “Aku tidak mendengar meriwayatkan hadits dari Nabi sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat lain.” Zubair menjawab, “Aku adalah sahabat yang selalu menyertai Nabi dan aku pernah mendengar Beliau bersabda, “Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka.” (HR. Al-Bukhari).
Hadith tentang Zubair:
Nabi SAW pernah berkata “Thalhah dan Zubair, keduanya adalah tetanggaku di syurga” (HR Trimidzi)
“setiap nabi mempunya hawari (sahabat setia), dan sahabat setiaku adalah Zubair” (HR Bukhari)
Dirawikan daripada Abdullah B Zubair, ia berkata “ Pada Perang Azhab, aku melihat Zubair dengan menunggang kudanya mundar-mandir masuk ke pasukan Bani Quraizah 2 / 3 kali. Setelah pulang saya bertanya “ Wahai ayahku, dalam perang Azhab aku melihatmu mengekori pasukan Bani Quraizah” “ Apakah kamu melihatku, wahai anakku?” tanya Zubair. Abdullah mengiyakan. Zubair mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda “ Siapa yang menyelediki berita tentang Bani Quraizah, hendaklah ia menyampaikan kepadaku berita tentang mereka”. Aku pergi menyeledikinya. Ketika aku kembali, Rasulullah SAW menghimpun untukku kedua orang tuanya dan berkata, “Ayah ibuku menebusmu (fadaka abi wa Ummu).”. (HR. Al-Bukhari).
Kisah tentang Zubair. Ia adalah orang pertama yang menghunus pedangnya setelah mendapat berita bahawa Nabi SAW terbunuh dalam perang Uhud. Kerana ia masuk Islam pakciknya pernah mengurungnya di sebuah rumah yang dipanasi api. Ia lalu berkata pada pakciknya, “Aku tidak akan murtad dari Islam untuk selama-lamanya” Ia ikut berhijrah ke Habsyah, yang pertama dan yang kedua. Ia sentiasa bersama mengikuti semua peperangan bersama Nabi.
Ia tidak pernah menjawat sebagai gabenor, hanya pernah menjawat sebagai panglima perang di jalan Allah. Pernah berhasil mencerai-beraikan antara pasukan Malik ibn Auf pemimpin Wilayah Hauzan, dengan panglima tentera orang-orang musyrik dalam perang Hunain. Pada gilirannya, kekuatan mereka menjadi kacau bilau dan akhirnya berhasil memukul mundur pasukan mereka.
Zubair adalah salah satu di antara enam orang (ashhab asy-syura’) yang di tunjuk Umar untuk memilih salah satu di antara mereka menjadi khalifah sepeninggalnya. Tatkala pasukan kaum muslimin sudah berada di depan benteng Babylon saat pembebasan wilayah Mesir dan pengepungan telah berlangsung selama tujuh bulan, Zubair meyampaikan kepada Amr bin Ash “Wahai Amr, aku serahkan diriku untuk Allah. Dengan itu aku berharap agar Allah memberikan kemenangan kepada kaum muslimin” Amr menyetujui tindakan Zubair. Zubair maju dan meletakkan tangga lalu naik ke atas benteng seraya mengundangkan takbir. Takbir bergema dan diikuti seluruh pasukan kaum muslimin dan akhirnya benteng dapat dibuka.
Dalam perang Al-Jamal, ia mengundurkan diri dari barisan pasukan Muawiyah setelah diingatkan Ali dengan sabda Rasulullah SAW, “Wahai Zubair, tidakkah kamu mencintai Ali?” Zubair menjawab, “tidakkah aku mencintai putera pamanku sendiri dan orang seagama denganku?” beliau mengatakan “Wahai Zubair, demi Allah, kelak kamu akan memerangi (Ali) dan kamu berlaku aniaya terhadapnya” Mendengar hadith Nabi ini, ia langsung mengundurkan diri dari pasukan Mu’awiyah dan tidak mahu memerangi Ali.
Setelah menarik diri dari perang Jamal, Amr ibn Jurmuz mengekorinya, lalu membunuhnya pada saat ia sedang salat. Zubair meninggal pada tahun 36 H.
Sumber: 1001 Sirah Nabi Rasulallah saw
No comments:
Post a Comment